Penyanyi baharu, Asyraf Nasir memberitahu dia terpaksa menggunakan rakaman suara pertama yang dilakukan di rumah untuk lagu baharunya yang berjudul 2PAI.
Menurut Asyraf, dia terpaksa berbuat demikian kerana tidak berpuas hati dengan hasil rakaman yang dilakukan di studio.
Tambahnya lagi, dia tidak mengambil masa lama untuk menyiapkan karya berkenaan walaupun ketika itu berdepan cabaran Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)
Jadi apa yang anda dengar adalah rakaman suara yang pertama iaitu yang saya lakukan di rumah.
Penyanyi lagu Tak Sangka itu berkata sebenarnya dia berniat untuk merakamkan lagu itu di studio tetapi setelah beberapa rakaman, dia merasakan ia tidak sama macam hasil rakaman di rumah.
Saya mengambil masa lebih kurang dua hari untuk menulis lagu ini dan bekerjasama denga Wolfy untuk komposisi lagu.
Lagu ciptaan sepenuhnya Asyraf ini diinspirasikan oleh peribahasa ‘sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah jua’.
Jelas Asyraf, lagu ini juga menjadi peringatan untuk manusia bahawa setinggi mana pun pencapaian, jangan lupa titik permulaan kerana tiada siapa boleh capai kejayaan tanpa bantuan orang lain.