Ini Perangai Sebenar Doktor Kerajaan, Hentikan Mencanang Keburukan

Trending

Ini Perangai Sebenar Doktor Kerajaan, Hentikan Mencanang Keburukan

1

Selalu sangat kita dengar macam-macam rungutan dan tuduhan yang dilemparkan terhadap golongan kakitangan kerajaan terutama mereka yang berkhidmat dengan masyarakat atau dalam kata lain mereka yang kerjanya sentiasa bertemu orang ramai. Ada yang cakap pekerja kerajaan tidak melakukan kerja dengan ikhlas, sombong dan pelbagai andaian buruk lagi.

Mereka juga manusia biasa, jangan hanya kerana NILA SETITIK, ROSAK SUSU SEBELANGA, habis semua dicanang keburukan hingga lupa akan kebaikan yang pernah ditaburkan.

Advertisement

Seorang pengguna Facebook bernama AbdAziz Ahmad telah berkongsi cerita pengalamannya dan mendedahkan sikap sebenar seorang doktor kerajaan yang ramai masyarakat kita tak tahu..

SIKAP SEBENAR SEORANG DOKTOR KERAJAAN!!!

Anak saudara saya telah terlibat dalam sebuah kemalangan pada pagi tadi dan sementara menunggu ambulan sampai, tiba-tiba ada seorang lelaki memberhentikan keretanya, telah keluar membawa sebuah beg dan terus memberi rawatan kecemasan kepada anak saudara saya.

Saya ternampak topi Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) dan dalam hati saya terfikir lelaki ini mungkin anggota paramedik yang datang “on call’ ke tempat kemalangan.

Selepas selesai merawat anak saudara saya sambil menunggu ambulan yang masih belum tiba saya sempat berborak dengan lelaki berkenaan dan lelaki itu memberitahu dia adalah seorang doktor yang bertugas di klinik kesihatan Kampung Pandan dan pada masa yang sama membantu JPAM.

Saya bertanya lagi, adakah dia datang membantu anak buah saya ini sebab “on call”?

Doktor berkenaan memberitahu dia sebenarnya dalam perjalanan balik ke Taiping, tetapi melihat kemalangan dia singgah dahulu membantu apa yang boleh.

Di dalam hati saya terdetik, MULIANYA hati dia, sanggup berhenti membantu walaupun dalam cuti bahkan di dalam beg kecemasannya yang digunakan itu adalah dari duitnya sendiri.

Keluarganya pula sangat ‘sporting’ sanggup dan tidak kisah pun tunggu di tepi jalan sambil menunggu beliau selesai membantu mangsa kemalangan.

Selepas hampir 3 jam akhirnya ambulan dan bomba sampai, doktor berkenaan pun meminta izin dan meneruskan perjalanan, sepupu saya hulurkan sedikit sumbangan namun ditolak dengan berkata dia ikhlas membantu.

Si baju hijau tu bernama Dr NAZRUL…terima kasih doktor atas keprihatinan anda..hanya Allah sahaja yang dapat membalas jasa baik anda..

Dari komen dalam pos berkenaan beliau adalah seorang Penolong Pegawai Perubatan atau Medical Assistant. Nama Facebooknya ialah Pokcik Tok.

1

Harapan admin, kita sebagai masyarakat jangan terlalu memandang keburukan kepada kakitangan kerajaan. Banyak kebaikan yang lain mungkin kita tak nampak. Sama-samalah kita bersangka baik pada mereka.

Memang ada mereka begitu tetapi hanya segelintir individu tertentu sahaja bahkan terlalu ramai lagi mereka yang melakukan kerja dengan ikhlas dalam membantu masyarakat tanpa kita ketahui.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...