Ini Penjelasan Tentang Perlu Ke Kita Panaskan Enjin Kereta Sebelum Memulakan Perjalanan

Automotif

Ini Penjelasan Tentang Perlu Ke Kita Panaskan Enjin Kereta Sebelum Memulakan Perjalanan

Kebanyakkan pengguna kereta pasti akan panaskan enjin terlebih dahulu sebelum memulakan perjalanan betul tak? Kadang tu ada yang ambil masa sampai 10 ke 15 minit. Pergh! Tak rasa lama sangat ke?

Persoalannya, patut ke kita panaskan enjin ni lama-lama ataupun boleh terus jer mulakan perjalanan selepas menghidupkan enjin?

Advertisement

Menurut Pandu Laju, sebelum ini kebanyakkan kereta menggunakan karburetor, tapi sekarang ni tak lagi dan telah beralih ke fuel injection. Sekiranya kereta korang tu masih lagi menggunakan sistem karburetor sekalipun, ia hanya mengambil masa 1 hingga 2 minit sahaja untuk panaskan enjin. Kalau fuel injection pula cuma perlukan masa 30 saat je gais, tak perlu pun lama-lama.

Kalau korang biarkan kereta korang hidup lama-lama dengan niat ‘nak panaskan enjin’, korang salah! Apa yang korang buat tu sebenarnya hanya bazirkan minyak kereta dan masa korang jer gais.

Jadi, korang boleh je kalau terus nak mulakan perjalanan setelah menghidupkan enjin. Cuma tidak disarankan untuk memandu lebih dari 3,000 rpm secara mengejut, sekian.

Sumber

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...