Ini Penjelasan Pihak Polis Kenapa Remaja Ini Tak Boleh Didakwa Kerana Membunuh

Trending

Ini Penjelasan Pihak Polis Kenapa Remaja Ini Tak Boleh Didakwa Kerana Membunuh

Mahkamah Majistret membenarkan polis mereman remaja tersebut selama 4 hari. Dia kelihatan kaku sewaktu berjalan melepasi sekumpulan wartawan tempatan.

Advertisement

Nik Ros berkata, remaja itu dalam perjalanan pulang dari sebuah kelab di Bukit Mertajam dan dalam perjalanan menuju ke rumahnya di Butterworth.

Dia terlepas jalan ke Permatang Pauh dan terus menghala ke Plaza Tol Sungai Dua.

Disitu, dia melihat seakan-akan ada sebuah lori di tengah jalan dan dengan pantas melakukan pusingan U ke lorong paling kanan, meletakkan kereta itu di arah berlawanan di lorong paling kanan.

“ketika melakukan pusingan secara tiba-tiba, dia menggesel 3 buah kenderaan lain sebelum memandu 5KM dan merempuh sebuah perodua kelisa dan 5 lagi kenderaan lain.”

“Pemeriksaan kamera lebuh raya mendapati tiada lori di tengah jalan seperti didakwanya.”

Dakwaan Membunuh

Walaubagaimanapun, ia tidak boleh dilakukan kerana tindakan itu bukan niat membunuh.

Menurutnya lagi, Seksyen 44 Akta Jabatan Pengangkutan Jalan membawa hukuman 4 – 10 tahun manakala bagi kesalahan bunuh tanpa sengaja dibawah Seksyen 304 Kanun Keseksaan. Ia hanya membawa hukuman maksima 2 tahun sahaja.

Nik Ros turut mengesahkan, remaja tersebut dalam keadaan khayal kerana pengambilan dadah. Tetapi polis masih menguji sampel darah untuk kandungan alkohol.

Menurutnya lagi, remaja itu akan disiasat di bawah Seksyen 15 Akta Dadah Merbahaya 1952 kerana penyalahgunaan dadah.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...