Ini Penjelasan Najib Razak Kenapa Rosmah Mansor Ada Banyak Beg Tangan Mewah

Trending

Ini Penjelasan Najib Razak Kenapa Rosmah Mansor Ada Banyak Beg Tangan Mewah

Sebelum ini ramai sedia maklum bahawa berlaku penyitaan beg tangan dan barangan mewah lain dari kediaman Najib Razak. Ia sekaligus mengaitkannya menimbulkan persepsi negatif.

Walaubagaimanapun, Najib Razak baru-baru ini telah mendedahkan dari mana barangan berjenama itu muncul.

Advertisement

Beliau mendakwa, kebanyakannya adalah hadiah diberikan kepada isteri dan anak perempuannya dan tiada kaitan dengan 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Beg Mewah Hadiah Untuk Isteri Dan Anak Perempuan

Bekas Perdana Menteri berkata, menantunya Daniyar Nazarbayev, anak saudara Presiden Kazakhstan Nursultan Nazarbayev, memberi banyak hadiah kepada Datin Seri Rosmah Mansor.

“Orang mungkin sukar untuk memahami, tetapi menantu saya misalnya, dia mendapat Birkin daripada sumbernya, lima atau enam pada satu masa.

“Keluarganya mempunyai beberapa cara (mendapatkannya), jadi tidak ada kaitan dengan 1MDB jika ia berasal dari Kazakhstan,” katanya.

Dalam pada itu, para penyiasat 1MDB percaya Najib dan Rosmah mengumpul banyak kekayaan menggunakan dana kerajaan.

Menurut kiraan, hampir 300 kotak beg berjenama dan berpuluh-puluh beg dipenuhi wang tunai dan barang kemas adalah antara barangan dirampas polis dalam serbuan itu.

Barang itu termasuk beg tangan Birkin daripada pembuat barang mewah Hermes, masing-masing bernilai sehingga ratusan ribu dolar.

Wang RM114 Juta Dana Kepunyaan UMNO

Ujar Najib Razak lagi, wang RM114 juta yang ditemui di rumah keluarganya di Kuala Lumpur adalah dana kepunyaan UMNO apabila beliau ketika ini selaku presiden sebelum meletak jawatan tidak lama selepas Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14).

Menyebut mengenai berlian merah jambu, pendakwa Amerika Syarikat (AS) mendakwa lebih daripada AS$4.5 bilion dana 1MDB dibersihkan melalui urus niaga kompleks.

Jabatan Kehakiman AS (DoJ) telah memulakan beberapa tindakan undang-undang untuk menuntut kira-kira AS$1.7 bilion aset yang didakwa dicuri daripada 1MDB.

Dalam pada itu, beberapa aset dicari termasuk lukisan Picasso, hartanah mewah di California Selatan dan New York, saham dalam syarikat produksi Hollywood dan kapal layar bernilai AS$265 juta serta barang kemas bernilai lebih daripada AS$200 juta – termasuk loket berlian merah jambu 22 karat.

Najib berkata lagi, set barang kemas bertujuan untuk menjadi hadiah isterinya tetapi dia tidak pernah menerimanya.

Sumber: Metro Online

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...