Ini Pengalaman Unik “Honeymoon” Ke Thailand, Menunggang RXZ Dari Jengka. Sejauh 6149KM.

Travel

Ini Pengalaman Unik “Honeymoon” Ke Thailand, Menunggang RXZ Dari Jengka. Sejauh 6149KM.

Antara pahit manis perjalanan kami selama 21day di bumi Thailand ?? . Hujan panas ku redahi bersama. Lain orang, lain care travel, kami memilih untuk ride, sebab mahu kelainan & pengalaman.

Advertisement

Sape cakap nak smpai tempat cantik tak ade halangan? Macam-macam kena lalui tapi alhamdulillah berbaloi dengan keindahan & kepuasan yang kami lalui.

Ade sampai 3 hari makan megi & roti 7E je sebab tak jumpe kedai halal, sekali jumpe bantai 3,4 pinggan naik tepu otak.

Tukar spoket smpai 3-4 kali sebab xlarat naik bukit, bukit kat sana betul-betul extreme mencanak habis tapi view mmg superb sepanjang lereng-lereng bukit gunung,

Ade smpai body kat tongkat tu patah la sebab beban berat, mngelepor cari kedai besi nk welding. Yang suke layan koner tu boleh try p utara siam layan tozen koner (1864 curve) perghhh koner die mmg.

Pernah jugak tengah jalan-jalan terserempak dengan askar burma, senjata peluru jangan cakap laa penuh 1 badan ketar jgk bile kena tahan tanya nk pi mane.

Hotel? Kami bajet bawah 500bth sahaja, kalau dah lewat sangat tak jumpa hotel ape lagi pacak kanopi la kat petrol pump, agak-agak kalau buat macam ni kat Malaysia kena viral x? Hahaha

Part paling sakit bile kecundang atas landasan kereta api jatuh motor sampai harini berkesan lagi woiii, sekali lagi dalam lumpur sebab banyak lopak air hahaha.


Dugaan pertama sblom msok siam .. rim bengkok langgar bongkah kayu atas highway kt tapah


Layan megi sebab xjmpe nasik


Body kat tongkat patah, beban berat mau x nye segala spana blok bagai g angkut


Gajah kat tempat depa main jalan-jalan atas jalan raya jew


Makan ubi keledek kat phu thab buek nk panas kan badan , kebetulan mse ni hujan lebat angin kuat


Pam minyak old school


Pacak khemah je mudah jnji lena


Done 6149 km. Gambar-gambar lain sepanjang perjalanan boleh tengok album RIDE 18/7- 6/8.

Kredit : Siti Normaizatul Akmal

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...