“Ini Pengalaman Pertama Saya Jadi Sukarelawan” – Wan Sharmila Dilantik Jadi Ikon Misi Bantuan Syria

Hiburan

“Ini Pengalaman Pertama Saya Jadi Sukarelawan” – Wan Sharmila Dilantik Jadi Ikon Misi Bantuan Syria

Mendedahkan dirinya berperanan dalam usaha menyalurkan bantuan kepada golongan kurang bernasib baik di Syria, pelakon Wan Sharmila akui teruja apabila dirinya dilantik menjadi ikon Winter Mission 3.0.

Advertisement

Dedah Wan Sharmila atau lebih mesra disap Lala, beliau sebelum ini langsung pernah terlibat dengan sebarang bentuk aktiviti sukarelawan, malah turut berharap usaha murni seperti ini menjadi salah satu sumbangan buat buat masyarakat. 

“Pada masa sama, ia juga memberi satu rasa kepuasan buat diri sendiri juga apabila kita dapat membantu dan memberi kegembiraan kepada orang di luar sana.”

Terdahulu, menerusi sebuah posting yang dimuat naik di Instagram miliknya, Lala turut berkongsi pengalaman sebagai ikon apabila berkunjung ke sebuah kediaman yang dihuni pelarian Syria.

Ujar Lala, perkara itu merupakan satu pengalaman yang cukup bermakna apabila beliau khabarnya mampu mendekatkan diri dengan nasib insan yang kurang bernasib baik di muka bumi ini.

“Apabila kita pergi berjumpa mereka sendiri, sebenarnya banyak pengajaran yang kita boleh ambil. Mereka mengajar kita agar jangan terlalu selesa dengan apa yang kita miliki,”

Menurut Lala lagi, biarpun bimbang, namun jika diberi peluang untuk ke negara terlibat, pasti beliau tidak akan lepaskan peluang tersebuy untuk menyertainya.

Sumber: Gempak

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...