Baru-baru ini, tular di aplikasi TikTok, seorang pengguna berkongsi satu rakaman video yang memaparkan seorang wanita yang enggan memberi ruangan parkir walaupun ruangan itu kosong.
Menurut pengguna tersebut, wanita itu mendakwa tempat letak kereta yang kosong itu miliknya walaupun tidak kelihatan kereta lain ketika waktu itu.
Difahamkan, tindakan wanita yang berdiri di tempat parkir itu berlaku di satu kawasan sekitar Sri Petaling.
This is my parking, go look for a different one.
Menerusi hantaran video yang telah mendapat lebih 270,000 kali tontonan itu, rata-rata netizen turut memberikan respon negatif dengan mengecam tindakan wanita yang pentingkan diri sendiri itu.
@whatitdostu “This is my parking, go look for a different one” said the lady. I didn’t know this kind of people still exist.. lmao #fyp #foryoupage #fyp? #malaysia
“Boleh report ni, tak boleh cop parking” tulis seorang netizen.
“Kalau saya, saya hon je panjang-panjang. Sama ada dia akan bergerak atau dia tahan la malu orang tengok” tulis seorang lagi pengguna TikTok.
Menurut PDRM, perbuatan cop parkir salah dari segi undang-undang dan ia jatuh di bawah Seksyen 50(3) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan di bawah Seksyen 119, dan akan didenda sehingga RM2,000 atau penjara sehingga 6 bulan.