Seorang graduan bidang kejuruteraan, Siti Hajjar Ramli, memulakan perniagaan nasi lemak sebelum mendapat peluang pekerjaan. Nasi lemak yang dijual oleh Siti Hajjar menjadi viral di seluruh negara, mungkin kerana penjenamaan ‘nasi lemak anak dara’ tersebut dan pembelinya pula majoriti ialah pelanggan lelaki.
Bagaimanapun, seorang pengguna Facebook, Sarimah Jaafar telah memuat naik satu status mengenai Nasi Lemak Anak Dara yang didakwanya tidak mencapai piawaian.
Inilah dia nasi lemak anak dara yang diviralkan itu. Kami order pagi ini untuk majlis baca yassin. Yang azabnya, dia suruh orang tua berumur 46 tahun naik tangga tingkat lima paling atas untuk ambil 40 bungkus nasi lemak. Korang rasa patut tak?
Dah camtu, inilah rupa nasi lemak yang konon sedap sangat. Harga RM3.50, kuantiti memang kesian. Ayam potong 24 timun, tak ada kacang dan telur.
Tolonglah, niaga kena ikhlas. Jangan selepas viral, kualiti pun out. Menyumpah orang makan nasi kau.

Sarimah Jaafar bagaimanapun dikatakan telah menyahaktif akaun Facebook setelah memuat naik dakwaan ini atas sebab yang tidak diketahui. Bagaimanapun, terdapat dakwaan bahawa Nasi Lemak Anak Dara yang dijual oleh Siti Hajjar bungkusannya tidak sama sepeti dalam gambar yang dimuat naik oleh Sarimah Jaafar.
Seperti Sarimah, kebanyakan pelanggan yang membeli Nasi Lemak Anak Dara ialah kerana ia viral dan orang ramai ingin mengetahui rasanya yang sebenar.
Nasi yang dijual oleh Siti Hajjar ini menjadi sebutan di media sosial. Bukan saja Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali turun padang untuk melawat Siti Hajjar, malah ia juga menjadi sebutan di Parlimen dalam Pembentangan Bajet 2017 oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Haji Abdul Razak baru-baru ini.-amazingnara.com