Bulan Ramadan adalah bulan di mana masyarakat Muslim berkunjung ke bazar Ramadan yang ada disekitar mereka. Kebanyakan dari peniaga di sana akan menjual makanan-makanan kegemaran orang Melayu seperti lauk-pauk dan kuih-muih tradisional. Namun, di bulan ini juga, sering muncul isu makanan basi, tidak sedap dan mahal.
Pulut panggang macam kayu
Baru-baru ini, tular di laman TikTok sebuah video yang dimuat naik oleh seorang individu yang menunjukkan juadah berbuka yang dibelinya pada hari itu iaitu pulut panggang.
Namun, yang menarik perhatian orang ramai adalah pulut panggang itu terlihat sangat keras hingga boleh diketuk dah dipatahkan.
Alkisah satu Ramadan, tak tahu lah nak gelak ke nak nangis. Dah macam kayu.
@kanda.nismilan #kongsibersama #ramadhan2024 #puasa #fyp #berbukapuasa ♬ Marhaban ya ramadhan – Nay🕊
Respon netizen
Selepas tular video itu hingga meraih 88K tontonan dan 1K likes, netizen mula meninggalkan komen di hantaran tersebut kerana turut terhibur dengan nasib individu berkenaan.
Ada yang berseloroh setelah melihat kondisi pulut tersebut, ada juga yang tidak lagi mahu membeli makanan yang dijual di bazar Ramadan selepas melihat video itu.
Kita kena faham pulut panggang versi 2024 kena cicah dgn air kopi, teh atau sewaktu dengannya.
Semalam beli roti John tak sampai dua jam dah basi, terpaksa buang. Rugi!
Tu pulut udang yang dipanggang kali kedua sebab tu baki yang meniaga tak habis sebelum tu.
Selain itu, kami kongsikan juga artikel trending yang lain pada pautan di bawah.