Difahamkan, penyanyi popular, Shila Amzah enggan mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung isu yang melibatkan dirinya dan penyanyi legenda, Datuk Amy Search.
Tempoh yang sukar, emosi terganggu
Perkara tersebut dimaklumkan oleh pengurusnya, Aini Shuhaidah susulan tuntutan polis (LOD) yang dikemukan oleh Amy terhadap penyanyi itu beberapa hari lalu.
Kata Aini, Shila kini sedang berdepan dengan kesukaran dan penuh emosi, disebabkan itu dia memilih untuk menjaga kesihatan mental serta menyerahkan segala urusan kepada peguamnya.
Minta ruang dan belas ihsan
Ini merupakan satu tempoh yang amat sukar dan penuh emosi buat Shila. Kami memohon privasi, kefahaman dan belas ihsan ketika Shila melalui fasa mencabar ini.
View this post on Instagram
Sebelum ini, difahamkan Datuk Amy Search telah menghantar LOD kepada Shila dan perkara itu disahkan oleh peguam yang mewakilinya, Datuk M Reza Hassan.
Sekadar info, isu yang berlaku di antara dua selebriti ini bermula selepas Shila mendakwa seorang penyanyi legenda menyerangnya di sebuah acara persembahan disertai oleh mereka.