Ini Merupakan Senarai Program Yang Dihadiri Dr Zulkifli Sejak 24 September 2020

COVID-19

Ini Merupakan Senarai Program Yang Dihadiri Dr Zulkifli Sejak 24 September 2020

Selepas disahkan dirinya positif Covid-19 semalam, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri meminta orang ramai yang menyertai majlis yang dihadirinya dari 24 September hingga 4 Oktober untuk menjalani pemeriksaan saringan Covid-19 di mana-mana klinik kesihatan dengan segera.

Dalam tempoh tersebut juga, Zulkifli dikatakan telah menghadiri beberapa program termasuk lawatan melibatkan negeri-negeri di Pantai Timur serta universiti awam sebelum disahkan dijangkiti wanak tersebut.

Advertisement

Menerusi posting di kaman Facebook miliknya, beliau telah berasa di Sabah pada 24 September dengan mengadakan beberapa program bersama masyarakat di Tuaran, Sabah termasuk bertemu dengan Mufti Sabah, Datuk Bungsu @ Aziz Jaafar sebelum kembali ke Semenanjung Malaysia.

Pada 25 September pula, sebelum singgah menziarahi orang tuanya di Kuala Terengganu, Zulkifli khabarnya sempat menghadiri program di Madrasah Diniah Bakriah Pondok Terusan Limbat Pasir Tumboh, Kelantan sempena Hari terbuka Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim) Kelantan.

Beliau juga tidak ketinggalan menyertai solat Jumaat di Masjid Ulul Albab, Jerteh, Terengganu pada hari yang sama, sebelum kembali ke Kuala Lumpur. Malah memaklumkan beliau singgah minum di Kedai Pak Tam Putrajaya (Charter Field Town) KLIA serta bertemu beberapa anak muda OKU Pekak berbangsa Melayu.

Pada 26 September, sebelum hadir ke PPR Pantai Ria, Kuala Lumpur berama Pusat Pungutan Zakat Maijlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) untuk menyampaikan barangan keperluan kepada penerima di situ, beliau dikatakan menyertai kuliah Subuh di Masjid Jamek Sultan Hisamuddin, Sepang yang dibuat secara langsung.

Pada tanggal 27 September, beliau dilihat menyampaikan kuliah Dhuha secara langsung di Masjid Datuk Klana Petra, Nilai, Negeri Sembilan. Malah turut menyampaikan kuliah yang sama kira-kira dua jam kemudian di Surau Annur Bangi, Selangor.

Zulkifli menerima kunjungan pakar motivasi terkenal, Datuk Dr Mohd Fadzilah Kamsah pada 28 September dan pihak pentadbiran Pusat Pengajian Islam At-Taiyibin, selain beliau juga turut menghadiri satu taklimat berhubung penggubalan Rang Undang-Undang Wakaf.

Aktivitinya diteruskan pada keesokan harinya dengan mengiringi Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin ke perasmian Persidangan Kehakiman Dan Perundangan Syariah Nusantara 2020 di Hotel Movenpick dan Pusat Konvensyen KLIA. Selepas itu, beliau dikatakan menerima kunjungan Ketua Perangkawan Malaysia, Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin, dan diakhiri dengan menghadirkan diri ke taklimat Sambutan Maulidur Rasul SAW 144H peringkat Kebangsaan.

Zulkifli sekali lagi hadir pada program yang sama pada 30 September untuk majlis penutupan Persidangan Kehakiman Dan Perundangan Syariah Nusantara 2020.

Pada 1 Oktober, Zulkifli dikatakan menerima kunjungan daripada beberapa anak muda dari Johor yang dilihat tidak memakai pelitup muka manakala pada keesokan harinya beliau menyertai Solat Jumaat dan memberi khutbah di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) sebelum menghadiri mesyuarat bersama Pengurusan Tertinggi universiti tersebut.

Selain menghadiri Majlis Pengijazahan Perubatan & Pengubatan Islam Darussyifa’ Sesi 2020 di Darul Quran, Putrajaya, Zulkifli kemudiannya mengadakan Kuliah Dhuha di Masjid Jamek Sultan Hisamuddin pada 3 Oktober.

Tidak lupa, beliau dikatakan sempat menghadiri Mesyuarat Khas Majlis Keselamatan Negara (MKN) berkenaan Covid-19 di Bangunan Perdana Putra, Putrajaya pada hari yang sama yang disertai Perdana menteri dan menteri Kabinet.

Sebelum ke Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam dan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), program terakhir Zulkifli adalah pada 4 Oktober iaitu menyampaikan kuliah Dhuha di Masjid Dato’ Klana Petra Nilai.

Pada sebelah malamnya, beliau hadir ke Majlis Tilawah dan Hafazan al-Qur’an KAFA Peringkat Kebangsaan 1442 / 2020 Geno Hotel, Shah Alam di mana beliau bertemu anak-anak cilik yang menyertai program tersebut.

Sumber: Sinar Harian

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...