“Ini Malam Terakhir Aku Dengan Kecik.”

Trending

“Ini Malam Terakhir Aku Dengan Kecik.”

Aku kini menangis sepenuh hati kerana kucing aku Kecik telah meninggalkan aku selamanya. Kecik mati sebab ada budak datang beraya tak tahu nak jaga kelakuan. Kau ingat kucing aku ni patung ke gila! Ya Allah sedihnya aku rasa.

Semalam Kecik satu malam tidur dalam baju panas aku. Tiba-tiba rindu :’)

Advertisement



Sabtu lepas rumah buat rumah terbuka jadi ramailah orang datang rumah. Lepas tu tengahari ke petang macam tu adik tidur dekat bilik dengan Kecik. Lepas tu ada seorang budak ni masuk bilik ambil si Kecik ni Lepas tu dia main campak-campak macam anak patung.

Adik tersedar, terus ambil Kecik simpan dalam sangkar sebab adik teringat cerita anak kucing yang mati lemas kena rendam dalam tong air akibat budak datang beraya tak tahu nak jaga kelakuan.

Adik pun sebab takut, dia duduk saja depan sangkar tu sebab takut budak buat main.

Lepas tu mama panggil adik buat kerja jadi adik tinggal sekejap.

Bila adik datang balik tengok kucing dalam sangkar dah tak ada. Adik tanya budak tu kucing mana lepas tu dia buat tak tau saja. Dasarrrr!

Lepas adik tanya banyak kali, baru ada budak lain cakap kucing kena campak dekat rumah sebelah. Rumah sebelah tu kosong tak ada orang lepas tu tembok tinggi tau tak!

Budak tu punya gigih ambil kerusi makan semata mata nak campak kucing pergi rumah sebelah. Aku tak boleh faham!

Bila adik ambil Kecik dari rumah sebelah, ya Allah, badan Kecik penuh dengan minyak motor sampai dah keras dah bulu-bulu Kecik tu. Muka Kecik semua habis luka berdarah sebab rupanya sebelum budak tu campak rumah sebelah, dia dah campak Kecik keluar masuk sangkar dah. The FFFFFFF!!

Lepas tu adik ambil Kecik bawak balik rumah. Adik menangis mandikan Kecik. Kecik menangis macam tengah sakit sangat-sangat masa tu. Dia mengiau perlahan sangat adik kata. Aku yang dengar adik cerita pun aku menangis sedih Kecik aku kena macam tu.

Lepas bersihkan Kecik, adik balut Kecik dengan tuala. Selalu Kecik meriah saja tapi ni dia diam saja. Kecik dia suka sangat makan Whiskas ni. Selalu bila abah bagi makan mesti dia lari menggeletis nak makan. Tapi masa tu Kecik tengok saja. Dia tak sentuh langsung.

Faham tak sedih sebab dia suka makan tu tapi dia tak makan langsung! Bagi minum pun dia minum sikit saja. Lepas tu tak lama macam tu Kecik mati.

Pagi tadi baru saja tanya Asiah macam mana nak ubat Kecik sebab dia macam ada kurap sikit. Ni tiba-tiba Maghrib tadi dapat tau Kecik dah tak ada. Aku tak boleh brain siak sumpah tak boleh.

Ni bukan kucing pertama yang mati. Dulu Jeton dengan baby kucing yang lain pun mati tapi bukan sebab kena dera. Ni Kecik kena dera Lepas tu nampak dia tengah tahan sakit aku sumpah tak boleh terima.

Aku sedih gila sebab malam terakhir sebelum balik UNITEN tu Kecik tak tahulah asal clingy teruk tidur dalam baju panas aku. Aku nak bangun kemas baju pun dia ikut. Sedih weh, sumpah meleleh.

Aku tidur mengiring sampai sakit pinggang tak nak gerak sebab tak nak Kecik bangun tau tak. Sekarang ni aku sedih teruk sebab Lepas tu masa nak gerak UNITEN tu aku tak jumpa pun Kecik sebab tengah kelam-kabut.

Aku beria tanya orang sana sini macam mana nak ubat Kecik sebab dia macam ada tompok kurap satu dekat dahi dia tapi sekarang Kecik dah tak ada.

Kalau kamu semua kenal aku dah lama kau tahulah macam mana aku dengan kucing dulu-dulu. Walaupun dah beberapa tahun jugalah aku bela kucing ni, tapi Kecik ni dia punya manja lain sikit. Kecik kucing pertama berjaya duduk atas riba aku. Ni malam terakhir aku dengan Kecik :’)

Ni pertama kali ada kucing berjaya baring paling dekat dengan aku. Dan ni gak malam terakhir aku jumpa Kecik. Tak apalah Kecik. Kalau dekat sini lama lama pun sakit kan. Tak apalah. Angah okay.

Sumber: Helena

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...