Ini Kisah Mistik Yang Pernah Aku Alami Sepanjang Jadi “Tour Guide” Di Jepun

Trending

Ini Kisah Mistik Yang Pernah Aku Alami Sepanjang Jadi “Tour Guide” Di Jepun

Sepanjang berada di Jepun, selain kenangan pahit manis, pernah tak sesiapa alami pengalaman mistik / ghaib?

Advertisement

Sepanjang bertugas sebagai tour guide, saya banyak mengembara seluruh Jepun.

Dari kawasan tengah-tengah bandar sampailah ke kawasan hutan belitong.

Saya pernah juga kena ganggu, tapi alhamdulillah yang ringan-ringan saja. Tapi ramai customer saya yang terkena dengan kisah-kisah yang agak hardcore.

Kebanyakkan kes adalah gangguan di bilik hotel.

Ini satu kisah yang agak mendebarkan saya sendiri.

Selepas turun dari Tateyama-Alpine Route (Snow Wall), malamnya kami bermalam di sebuah hotel (nama dirahsiakan) di kawasan yang agak hutan belitong tahapnya. Jangankan line internet di handphone, wifi juga cuma ada di lobi.

Hotel sangat besar, tapi cuma group kami dan beberapa orang lain yang kelihatan.

Malam, selepas check in ke bilik masing-masing, customer yang duduk di biilik sebelah saya ketuk pintu bilik, ajak saya teman dia di biliknya kerana partnernya ke lobi untuk guna wifi.

Bilik dia sangat luas dan besar (deluxe room), sliding window ada di separuh dinding bilik. Boleh nampak pemandangan yang sangat luas dari bilik tu. Luar bilik adalah kawasan hutan, dan bilik dia di tingkat atas sekali.

Waktu siang, pemandangan memang sangat cantik. Tapi oleh sebab malam, kami tutup semua langsir memandangkan tak nampak apa-apa melainkan hutan yang gelap gelita.

Tunggu punya tunggu, partner dia tak balik juga ke bilik. Akhirnya kami ambil keputusan untuk turun ke lobi dan melepak dengan ahli group yang lain.

Sampai saja di bawah, partnernya dan ahli group lain yang melepak dah habis melepak dan nak balik ke bilik. Jadi kami pun patah balik dan naik ke atas ke bilik masing-masing.

Sebaik saja saya masuk bilik saya, pintu bilik saya diketuk bertalu-talu.

Bergegas saya buka, dan saya tengok customer yang duduk di bilik sebelah tadi tercungap-cungap kecemasan. Dia suruh saya datang ke bilik dia.

Terkejut bila saya masuk bilik dia.

Kesemua sliding window yang banyak di bilik dia terbuka luas, dan langsir juga terselak habis! Saya sangat pasti, waktu kami turun tadi kesemua tingkap dan langsir dalam keadaan tertutup.

Dan menurut customer juga, sebaik saja mereka masuk tadi, dalam samar-samar lampu koridor, mereka nampak lembaga besarrrrr dan berkaki panjanggggg sedang melangkah keluar dari bilik melalui tingkap!

Dalam keadaan takut-takut begitu, saya telefon staff hotel.

Saya bertanya, adakah staff hotel ada masuk ke bilik itu dan buka tingkap. Tetapi mereka menafikan berkali-kali.

Memilih untuk bersangka baik, kami tutup tingkap-tingkap yang terbuka luas itu. Seksa nak tutup kerana sangat ketat, macam dah lama tak pernah dibuka.

Berpeluh-peluh kami untuk tutup kesemua tingkap.

Ketika hendak tutup tingkap yang terakhir, memang sangat ketat walaupun kami berusaha untuk tutup bertiga. Tak bergerak sedikit pun.

Akhirnya saya telefon staff di lobi sekali lagi, dan seorang staff datang.

Dia juga mencuba, tapi tak berjaya.

Panggil lagi beberapa staff lain untuk cuba tutup. Tak berjaya juga. Akhirnya terpaksa guna perkakas bertukang (ayoyo tatau apa yang dorang guna) dan setelah setengah jam berkung-kang-kung-kang bertukang, berjaya juga tutup tingkap tu.

Memandangkan semua dah keletihan, saya pun minta izin balik ke bilik saya.

Mereka pun redha je duduk di bilik tu walaupun rasa takut masih ada.

Alhamdulillah, saya tak diganggu apa-apa sepanjang malam. Tetapi keesokan hari bila berjumpa dgn customer tersebut, sepanjang malam waktu mereka tidur, ada lembaga perempuan berambut panjang berpakaian putih di sudut hujung bilik.

Mereka pasrah je, sebab lembaga tu pun memang tak mengganggu. Cuma duduk peluk kaki sambil tunduk bawah. Sepanjang malam mereka tidur berpelukan rapat-rapat, takut punya pasal.

Kalau ikutkan logik, memang mustahil untuk manusia biasa buka tingkap yang hampir kesemuanya ketat-ketat dalam masa yang singkat.

Kami naik lif turun ke lobi, kemudian naik balik ke bilik dalam masa tak sampai 10 minit. Kalau bukan staff hotel yang buka, siapa sebenarnya yang buka? Dan apa makhluk berkaki panjang yang melangkah keluar dari tingkat 9 dan berjalan ke arah hutan tu?

Sekian cerita yang tak berapa seram.

Kalau korang ada pengalaman lain sepanjang di bumi Jepun, share lah cerita ya :)

Sumber : Mar Lia

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...