Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Ini Keputusan Terbaik – Datuk Red Akui Tidak Jadi Cerai Dengan Adira

datuk red adira

Sebelum ini kecoh mengenai rumah tangga Adira Suhaimi apabila penyanyi itu menfailkan permohonan cerai terhadap suaminya, Datuk Seri Adnan Abu ataupun lebih dikenali sebagai Datuk Red pada 1 April lalu.
Bagaimanapun, kemelut rumah tangga pasangan ini sudah dapat diselesaikan dengan cara baik apabila Datuk Red baru-baru ini seakan memberikan gambaran dia dan Adira tidak jadi bercerai.

datuk red adira

Advertisement

Menerusi kenyataan terbaru di portal Berita Harian, Datuk Red berkata itu adalah keputusan terbaik buat mereka suami isteri. Semuanya demi anak-anak tercinta, tidak mahu mereka membesar tanpa kasih sayang atau tidak mengenali bapa mereka.

Selepas prosiding mahkamah tempoh hari, kami saling bermuhasabah. Selepas berbincang, rasanya ini adalah keputusan terbaik, tambahan pula anak kami masih kecil. Kami tidak mahu anak membesar tanpa mengenali bapa mereka.

Sebelum ini, Datuk Red menerusi akaun Insta Story berkongsi paparan mesej perbualan WhatsApp Adira bersama seorang wanita dikenali sebagai Fira.

datuk red adira tidak jadi cerai

Dalam perbualan itu, Adira dikatakan memberitahu Fira, dia berhasrat untuk menarik balik permohonan perceraian demi tiga anaknya. Datuk Red mengakui  paparan mesej itu dihantar sendiri oleh isterinya.

Saya tidak berani mengesahkan perkara itu, tetapi apa yang boleh saya katakan, Adira sendiri yang menghantar tangkap layar perbualan dengan peguamnya itu.

adira datuk red

Terdahulu, Adira tegas dengan pendiriannya untuk berpisah. Bagaimanapun, Datuk Red membantah permohonan isterinya itu kerana masih mahu mempertahankan rumah tangganya mereka. Malah, dia akan berusaha untuk menambat hati Adira semula dan selamatkan perkahwinan mereka.

Sumber Berita : BH ONLINE

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

3 Comments

  1. katak pisang

    November 19, 2019 at 11:02 am

    x mustahil paling sikit 5 org anak adira ni…..

  2. Kobes Bunga

    November 18, 2019 at 8:29 am

    hujung tahun beranak lagi….. Eh!!!!!

  3. dd

    November 16, 2019 at 12:17 pm

    hui

Loading...

2020 © Nara Media Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia.

To Top