Sebelum ini kecoh mengenai rumah tangga Adira Suhaimi apabila penyanyi itu menfailkan permohonan cerai terhadap suaminya, Datuk Seri Adnan Abu ataupun lebih dikenali sebagai Datuk Red pada 1 April lalu.
Bagaimanapun, kemelut rumah tangga pasangan ini sudah dapat diselesaikan dengan cara baik apabila Datuk Red baru-baru ini seakan memberikan gambaran dia dan Adira tidak jadi bercerai.
Menerusi kenyataan terbaru di portal Berita Harian, Datuk Red berkata itu adalah keputusan terbaik buat mereka suami isteri. Semuanya demi anak-anak tercinta, tidak mahu mereka membesar tanpa kasih sayang atau tidak mengenali bapa mereka.
Selepas prosiding mahkamah tempoh hari, kami saling bermuhasabah. Selepas berbincang, rasanya ini adalah keputusan terbaik, tambahan pula anak kami masih kecil. Kami tidak mahu anak membesar tanpa mengenali bapa mereka.
Sebelum ini, Datuk Red menerusi akaun Insta Story berkongsi paparan mesej perbualan WhatsApp Adira bersama seorang wanita dikenali sebagai Fira.
Dalam perbualan itu, Adira dikatakan memberitahu Fira, dia berhasrat untuk menarik balik permohonan perceraian demi tiga anaknya. Datuk Red mengakui paparan mesej itu dihantar sendiri oleh isterinya.
Saya tidak berani mengesahkan perkara itu, tetapi apa yang boleh saya katakan, Adira sendiri yang menghantar tangkap layar perbualan dengan peguamnya itu.
Terdahulu, Adira tegas dengan pendiriannya untuk berpisah. Bagaimanapun, Datuk Red membantah permohonan isterinya itu kerana masih mahu mempertahankan rumah tangganya mereka. Malah, dia akan berusaha untuk menambat hati Adira semula dan selamatkan perkahwinan mereka.