Ini Kelebihan Transmisi D-CVT Yang Ada Pada Perodua Ativa Berbanding CVT Biasa

Automotif

Ini Kelebihan Transmisi D-CVT Yang Ada Pada Perodua Ativa Berbanding CVT Biasa

Perodua Ativa yang baru saja dilancarkan beberapa hari lepas menjadi perbualan hangat ketika ini. Ramai juga yang membandingkan Perodua Ativa ni dengan Proton X50 walaupun mereka didalam segmen yang berbeza, dah kenapa?

Kalini bukan nak membandingkan kedua-dua model itu, tapi nak cerita pasal transmisi Perodua Ativa ni iaitu dwi-mod CVT (D-CVT). Apa bezanya dengan CVT yang biasa selalu kita dengar sebelum ni, best sangat ke?

Advertisement

Menurut Pandu Laju, kelebihan D-CVT berbanding CVT adalah penambahan jarak nisbah gear. Kalau CVT konvensional, dia akan mempunyai jarak yang sama seperti transmisi automatik 6-kelajuan manakala dengan pengunaan D-CVT pula, ia menjadikan jarak nisbah gear hampir sama dengan trasmisi automatik 8-kelajuan. Pergh! Memang terbaik.

Bukan tu jer, D-CVT ni juga dapat mengurangkan gauman enjin berbading CVT. Bukan setakat jadikan pemandu lebih selesa bila tekan, malah ianya dapat mengurangkan pengunaan minyak tau. Ianya disebabkan split mode yang dapat mengurangkan putaran enjin pada 200rpm pada kelajuan 60kmj dan 550rpm (100kmj).

Kalau korang nak tahu, D-CVT ni juga dapat mengurangkan kebergantungan terhadap tali sawat dengan Split-mode yang menjadikan ia lebih bertenaga daripada CVT. Kalau sebelum ini, kelemahan CVT adalah kehilangan tenaga disebabkan daya geseran tali sawat.

Ada yang dah tempat Perodua Ativa ni? Nanti kalau kereta dah sampai, bagitahulah kami macam mana prestasi SUV terbaru dari Perodua tu sama ada best ke tidak ye gais.

Sumber

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...