“Ini Kecaman Paling Teruk Dalam Kerjaya Saya, Ada Yang Cakap Saya Dayus…” – Jay Iswazir Luah Dia Dikecam Teruk Oleh Netizen

Hiburan

“Ini Kecaman Paling Teruk Dalam Kerjaya Saya, Ada Yang Cakap Saya Dayus…” – Jay Iswazir Luah Dia Dikecam Teruk Oleh Netizen

Kontroversi rumah tangga pelakon, Jay Iswazir, mengundang kecaman yang paling teruk semenjak dia mula menapak dalam industri seni.

Menurut Jay atau Ahmad Iswazir Ismail, dia menerima pelbagai komen negatif termasuk ugutan selepas isu yang dibangkitkan oleh bekas isterinya, Azzahra Ahmad menjadi tular.

Advertisement

jay dan azzahra

Memetik laporan Mstar, Jay berkata walaupun dia menerima pelbagai kecaman selepas didakwa melakukan keganasan rumah tangga, dia kekal tenang dan percaya bahawa Allah SWT sentiasa ada bersamanya.

Ini kecaman paling teruk dalam kerjaya saya. Saya baca tapi takdela sampai koyak, cuma renungkan apa yang Allah sedang susun untuk saya.

 

Ada yang cakap saya dayus, lelaki red flag dan ada juga perempuan mesej saya kata nak pukul saya.

 

Saya juga terima mesej ugutan tapi buat masa ni saya okay saja, saya percaya Allah ada bersama saya.

jay iswazir

Jay turut berkata, tujuan dia membaca kecaman yang ditinggalkan oleh netizen itu adalah untuk mengetahui persepsi netizen terhadapnya, namun dia tidak membalas komen tersebut.

Dia turut memberitahu namanya digugurkan daripada beberapa tawaran stesen televisyen selepas kontroversi itu tular.

Ada beberapa tawaran berlakon yang nama saya kena tolak kepas isu tu berlaku.

jay iswazir

Cuma saya tak mahu tuduh melulu nama saya ditolak sebab isu itu sebab tiada surat rasmi yang kata nama saya kena gam sebab perkara yang terjadi.

Sebelum ini, bekas isterinya mendakwa dia menjadi mangsa keganasan rumah tangga ketika mereka masih bergelar suami isteri.

3 weeks ago

Dakwa Difitnah, Jay Iswazir Sudah Hantar ‘LOD’ Kepada Bekas Isteri, Minta Buat Permohonan Maaf Dalam Tempoh Tujuh Hari

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Mstar

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...