Ini Jawapan Ust Ahmad Dusuki Mengenai Aplikasi Yang Boleh Gerakkan Gambar Orang Sudah Meninggal

Trending

Ini Jawapan Ust Ahmad Dusuki Mengenai Aplikasi Yang Boleh Gerakkan Gambar Orang Sudah Meninggal

Selaras dengan kecanggihan teknologi zaman sekarang, bermacam-macam perkara yang telah dicipta oleh manusia seiring dengan zaman peredaran.

Tak kisah dalam bentuk apa sekalipun, kecanggihan tersebut mampu memudahkan dan menyelesaikan masalah setiap individu.

Advertisement

Untuk makluman korang, ada satu aplikasi yang viral di TikTok iaitu aplikasi yang boleh menggerakkan gambar. Pada awalnya ianya cuma sebuah gambar tapi apabila seseorang menggunakan aplikasi tersebut ianya boleh menggerakkan subjek di dalam gambar tersebut.

Kebanyakan warganet menggunakan aplikasi ini untuk menggerakkan gambar orang yang sudah meninggal dunia. Ini juga sekaligus dapat melepas rindu mereka kepada orang yang sudah tiada. Hal ini menjadi tanda tanya khususnya orang yang beragama Islam apakah aplikasi tersebut boleh digunakan kerana ianya seolah-olah cuba untuk menghidupkan orang yang sudah meninggal dunia.

Ustaz Ahmad Dusuki telah menjawab persoalan ini menerusi akaun TikTok miliknya.

 

Tiada hukum yang khusus dinyatakan namun beliau menyarankan sebaiknya elakkan untuk menggunakan aplikasi-aplikasi tersebut.

“Sebaiknya kita jangan terlibat dengan perkara sebegini”

“Bagi yang sudah meninggal dunia, baca doa. Mudah-mudahan Allah merahmati dan menambah kebaikan mereka” 

Cukuplah sekadar kita melihat gambar-gambar dan kirimkan doa buat mereka. Semoga info ini dapat memberi jawapan kepada mereka yang keliru soal ini.

Sumber

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...