“Ini Instagram Saya, Jika Saya ‘Pinjam’ Dari Anda, Ya Anda Ada Hak Untuk Bersuara” – Ameera Khan

Kehidupan

“Ini Instagram Saya, Jika Saya ‘Pinjam’ Dari Anda, Ya Anda Ada Hak Untuk Bersuara” – Ameera Khan

Pensohor media sosial, Ameera Khan tampil bersuara setelah dirinya sering kali menjadi tumpuan ramai dan mangsa kritikan netizen gara-gara kehidupan peribadi yang ditonjolkan di Instagram khususnya.

Tulis Ameera di IG Story, dia sering berhadapan dengan pelbagai kritikan dan ada kalanya, agak keterlaluan.

Advertisement

Ada kalanya, saya berharap yang saya juga boleh mempersoalkan kehidupan anda seperti mana anda buat kepada saya. Tapi saya faham kehidupan saya jauh lebih menarik daripada kehidupan anda.

Itu adalah Instagram, pasangan, keluarga dan duit saya. Jika saya pinjam daripada anda, ya anda ada hak untuk bersuara.

Tambahnya lagi, tidak ramai yang sanggup menghadapi tekanan yang dialaminya setiap hari.

ameera khan

Saya juga ada tahap kesabaran. Bayangkan jika anda terima separuh daripada apa yang saya hadap selama ini, mungkin anda akan hantar mereka atau masuk sendiri ke dalam penjara.

Dia dalam pada itu turut menjawab pertanyaan sesetengah orang mengenai kekasihnya, Jefri Nichol.

Ameera berkata dia kini menjalani hubungan jarak jauh dan memilih untuk tidak lagi kerap memuat naik foto bersama.

Ia sekaligus menafikan dakwaan hubungan mereka berdua kini sedang dilanda masalah.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

ameera khan
2025-07-15 10:12:03

"Ada Ke Dia Post Benda Yang Useful? Dia Cantik Tapi 'Kosong'.." - Mesra Berlebihan, Netizen Muak Tengok LMK & Jefri Nichol

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...