Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Ini Hanya Temubual Santai, Saya Bukan Wartawan Atau Ahli Politik – Fathia Latiff

Bukan mudah untuk seseorang berjumpa dan berbicara bersama bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad tetapi pelakon Fathia Latiff cukup bertuah sekali apabila beliau diberikan peluang untuk menjadi pengacara bagi temubual secara “live” di Facebook bersama Tun M pada pagi tadi.

Advertisement

Walaubagaimanapun, netizen dikatakan mengkritik cara Fathia menjadi hos rancangan tersebut.  Mereka berkata soalan yang diajukan oleh Fathia tidak bernas. Malah,  ada juga yang mempersoalkan ilmu pengetahuan Fathia yang juga graduan lulusan undang-undang Universiti Teknologi Mara (UiTM).

Menjawab segala kritikan ramai, Fathia memberitahu beliau bukanlah seorang wartawan ataupun ahli politik untuk menanyakan soalan seperti yang dikehendaki oleh orang ramai. Namun, Fathia menerima komen orang ramai dengan hati terbuka dan memohon maaf sekiranya beliau tidak dapat memuaskan hati mana-mana pihak.

Saya bukan nak tunjuk pandai tetapi mahu bertanya soalan-soalan yang saya rasa semua orang ingin tahu dan perkara yang saya tidak tahu. Ini hanya temubual santai.

Saya bukan wartawan atau ahli politik.  Saya hanya mewakili suara belia di luar sana dan saya minta maaf jika soalan-soalan tidak memuaskan hati mana-mana pihak.  Tetapi saya gembira terpilih untuk menjadi perantaraan temubual bersama Tun Mahathir. Terima kasih untuk peluang ini. Bagi saya soalan yang datang dari hati tidak semestinya kena study dulu.

Advertisement

Kami faham mungkin Fathia juga merasa gemuruh kerana ia merupakan kali pertama beliau bertemu empat mata bersama Tun M dan menemubual tokoh yang menjadi idola ramai rakyat Malaysia. Tidak mengapa, mungkin dengan komen kali ini Fathia akan dapat memperbaiki cara beliau mengacara pada masa hadapan.

Sumber Berita : mStar Online

Kredit Video : Facebook Dr. Mahathir Bin Mohamad

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...
To Top