“Ini Hakikat Dan Realiti Yang Perlu Diterima” – Pentingkan Rupa Dalam Lakonan, A. Aida Balas Kenyataan Amerul Affendi

Hiburan

“Ini Hakikat Dan Realiti Yang Perlu Diterima” – Pentingkan Rupa Dalam Lakonan, A. Aida Balas Kenyataan Amerul Affendi

Sebelum ini pelakon Amerul Affendi membuat ciapan menggesa IPT (Institut Pengajian Tinggi) dalam negara menutup kursus lakonan susulan kenyataan Dato’ A. Aida yang hanya mahukan hero drama terbitannya kacak dan muda.

Berikutan ciapan itu, A. Aida tampil menegaskan bahawa rupa paras menarik bagi watak utama hero dan heroin adalah suatu kriteria yang dicari dalam filem atau drama terbitannya.

Advertisement

Menurut sumber, A. Aida turut menjelaskan kenyataannya itu hanya tertakluk kepada watak utama sahaja dan ciri-ciri itu tidak ditetapkan kepada watak-watak lain.

Apa yang dimaksudkan adalah untuk watak utama. Itu kriteria yang saya tetapkan, tapi banyak lagi watak lain yang saya tak kisah pun rupa paras, janji berbakat dan pandai berlakon saya akan ambil.”

Jelasnya lagi, pemilihan watak juga disesuaikan dengan jalan cerita dan sekiranya pemilihan watak utama tidak mementingkan paras rupa maka kehendak skrip akan diutamakan.

Sekali lagi ditegaskan, pemilihan watak itu disesuaikan dengan jalan cerita. Kalau naskhah itu watak utama memerlukan pelakon yang tiada rupa, takkan saya nak ‘hodohkan’ pelakon yang sedia kacak. Nanti penonton bising juga. Jadi, kita buat ikut kehendak skrip itu.”

Dalam pada itu, A. Aida sempat meminta semua orang supaya menerima hakikat dan realiti kerana kehendak penonton yang mahu melihat pelakon yang cantik dan kacak.

Selain itu, kami kongsikan artikel berkaitan pada pautan di bawah:

2 years ago

"Ni Mentaliti FINAS Sokong?!" - Mengaku Pentingkan Rupa Daripada Bakat, Ramai Pelakon Perli 'Statement' A.Aida

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...