Ini Hak Yang Perlu Anda Tahu Jika Ditahan Polis

Trending

Ini Hak Yang Perlu Anda Tahu Jika Ditahan Polis

Pasti ramai yang rasa gementar dan takut jika ditahan oleh polis kan?

Mentaliti rakyat Malaysia biasanya menganggap polis sebagai satu organisasi yang ‘menakutkan’ sampai ada pihak yang tidak bertanggungjawab menyalah gunakan ‘nama’ polis itu dengan menyamar sehari anggota.

Advertisement

Tapi anda sebenarnya tidak perlu risau, ada beberapa perkara yang anda boleh lakukan jika ditahan oleh polis.

Jom ketahui hak anda.

Apabila diberhetikan oleh polis

Jika anggota polis yang memberhentikan anda tidak berpakain seragam, anda boleh meminta pegawai tersebut untuk menunjukkan pengenalan diri iaitu Kad Kuasa Polis.

Setiap kad kuasa mempunyai warna yang berbeza mengikut pangkat.

  • Biru : Pangkat Inspektor dan ke atas
  • Kuning : Pangkat lebih rendah daripada Inspektor
  • Putih : Polis simpanan
  • Medan : Pegawai yang digantung kuasa dan tiada apa-apa kuasa

Sumber:KPP

Anda juga perlu mengambil perhatian pada nama dan nombor ID pada pakaian seragamnya.

Selain itu, catit nombor pendaftaran kereta atau motosikal peronda yang mereka gunakan.

Soal siasatan semasa diberhetikan

Pengenalan diri yang boleh diberikan sebenarnya hanyalah nama, nombor kad pengenalan dan alamat rumah sahaja.

Jika anda ditangkap

Sebenarnya anda berhak bertanyakan sebab mengapa anda ditangkap. Sesuatu tangkapan menjadi tidak sah jika anda tidak diber tahu sebab dan alasan sebenar tangkapan.

 

Yang paling penting jangan melawan semasa ditangkap kerana polis berhak menggunakan kekerasan jika anda melawan.

Anda juga mempunyai hak untuk membuat satu panggilan telefon kepada:

  • Keluarga atau rakan
  • Seorang peguam
  • Pusat Bantuan Guaman (LAC)

Pastikan anda mengetahui juga lokasi balai polis yang akan anda pergi.

Jangan takut dengan pegawai polis, anda hanya perlu ketahui hak anda supaya tidak ditipu oleh polis palsu.

Sumber: Aiman Athirah Al Jundi

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...