Ini Gambar Kahwin Ke Filem Seram Malaysia?

Kehidupan

Ini Gambar Kahwin Ke Filem Seram Malaysia?

Zaman sekarang ini pelbagai idea kreatif yang digunakan untuk mengambil foto perkahwinan menggunakan pelbagai jenis tema yang menjadi pilihan raja sehari.

Baru-baru ini, sepasang pengantin telah tular dalam Twitter kerana foto perkahwinan mereka dilihat misteri. Agak-agaknya jika anak atau cucu lihat foto perkahwinan suatu hari nanti mesti mereka kata, kreatifnya jurugambar ini.

Gambar ini telah dimasukkan oleh pengguna Twitter @Bebelleyy dan memberitahu sepupunya yang mengambil gambar kreatif ini.



Advertisement

Siapa nak kawin ke nak pre wedding or any occasion pastu cari photographer creative camni, boleh contact cousin i. Facebook : Izmer Hamdan.

Bagitau korang dapat info dari Belle, nanti dapat la tu discount.

Tweet ini telah mendapat banyak reaksi daripada netizen yang mengatakan gambar yang diambil tidak kreatif dan ibarat filem seram.

Kreatif apa benda dah macam pengabdi setan gambar dia.

Macam baca buku seram kalau tengok tengah malam

Ada juga yang mengatakan foto mereka ibarat filem dendam pengantin.


Tweet ini telah dikongsi lebih 19,000 pengguna malah turut mendapat hampir 12,000 tanda suka.

Tak salah sebenarnya untuk seseorang memilih tema lain dari lain tetapi jangan tersilap pilih sudah.

Sumber: Twitter

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...