May 16th, 2019

Beberapa hari lalu, sekali lagi kita digemparkan dengan berita kecurangan penyanyi dan pelakon Aliff Aziz dengan seorang remaja TikTok bawah umur dikenali sebagai Nismell. Beberapa siri foto panas mereka juga viral di media sosial.

Bukan kali pertama dihimpit kontroversi berlaku curang, rata-rata netizen geram dengan sikap Aliff yang seakan tidak pernah menyesal dengan kesilapannya sebelum ini dan terus menyakiti dan mempermaikan hati isterinya, Bella Astillah.

Terbaru, Aliff akhirnya tampil memberi respon berkenaan isu tersebut. Aliff mengakui sekarang adalah fasa paling getir dalam hidupnya.

Aliff minta jasa baik ye. Aliff tak nak bercakap dengan sesiapa buat masa sekarang. Ini fasa paling getir dalam hidup saya tapi Insya-Allah.

Bagaimanapun, Aliff enggan lagi memberikan komen lanjut dan meminta ruang untuk tidak lagi membicarakan soal kontroversinya itu kerana dia baru sahaja menjalani pembedahan.

Maaf, sekarang Aliff baru habis pembedahan dan tidak ada apa nak borak buat masa sekarang.

Baru-baru ini, Bella menerusi satu kenyataan di akaun Instagramnya mengakui kemelut rumah tangga beliau dan Aliff memberikan kesan yang begitu mendalam terhadap dirinya. Bella berkata beliau sudah membuat keputusan untuk meneruskan kehidupannya tanpa Aliff.

Sumber Berita : Utusan Online


30 responses to “Ini Fasa Paling Getir Dalam Hidup Saya – Aliff Aziz”

  1. TK says:

    Bila baca kes ni teringat kes Tiger Woods and his wonanising ……

  2. menyampah pulak aku says:

    dah pelok cium pompuan sana sini pun kata fasa plg getir…sembang je lebih

  3. Anonymous says:

    die sakit gigi sakit mulut sebab pasang braces tu yg xnak cakap hahahahaha

  4. wekkkkkkk says:

    di rotikaya gossip..up to date citer baru..dgn janda anak satu pulak.
    byknya betina.
    “ada org2 tua2 ckp, masa menyusukan anak sewaktu yg dalam pantang tu, air susu bdn ibu jgn menitik ke punai anak tu..nanti bsr jdi kaki betina”..mungkin mak nyer tak tahu kot, maka air susu bdn tu bukan menitik je, tapi memancut’..tu sbb nya …”kaki betina”..maaf makcik ckp mcm tu, ini org2 tua kata..aku sampaikan je
    ini org2 lama ckp..yg otai2 umur 80an ke atas.

    ..jdi maafkan makcik tu..makcik tak tahu…

  5. mm says:

    mle2 ak tgk ko ni nmpk mcm baik je.. skli perangai tuhan je yg tau..

Loading...