Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Ini Fasa Paling Getir Dalam Hidup Saya – Aliff Aziz

Beberapa hari lalu, sekali lagi kita digemparkan dengan berita kecurangan penyanyi dan pelakon Aliff Aziz dengan seorang remaja TikTok bawah umur dikenali sebagai Nismell. Beberapa siri foto panas mereka juga viral di media sosial.

Advertisement

Bukan kali pertama dihimpit kontroversi berlaku curang, rata-rata netizen geram dengan sikap Aliff yang seakan tidak pernah menyesal dengan kesilapannya sebelum ini dan terus menyakiti dan mempermaikan hati isterinya, Bella Astillah.

Terbaru, Aliff akhirnya tampil memberi respon berkenaan isu tersebut. Aliff mengakui sekarang adalah fasa paling getir dalam hidupnya.

Aliff minta jasa baik ye. Aliff tak nak bercakap dengan sesiapa buat masa sekarang. Ini fasa paling getir dalam hidup saya tapi Insya-Allah.

Bagaimanapun, Aliff enggan lagi memberikan komen lanjut dan meminta ruang untuk tidak lagi membicarakan soal kontroversinya itu kerana dia baru sahaja menjalani pembedahan.

Advertisement

Maaf, sekarang Aliff baru habis pembedahan dan tidak ada apa nak borak buat masa sekarang.

Baru-baru ini, Bella menerusi satu kenyataan di akaun Instagramnya mengakui kemelut rumah tangga beliau dan Aliff memberikan kesan yang begitu mendalam terhadap dirinya. Bella berkata beliau sudah membuat keputusan untuk meneruskan kehidupannya tanpa Aliff.

Sumber Berita : Utusan Online

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

30 Comments

  1. Nona

    May 16, 2019 at 6:30 pm

    Pembedahan hair transplant

  2. wekkkkkkk

    May 16, 2019 at 4:10 pm

    dlm sinarharian menyatakan bella dan aliff sah bercerai talak satu hari ini di mahkamah.

    • wekkkkkkk

      May 16, 2019 at 4:17 pm

      eee..bukan..dlm harian metro online news, bkn sinarharian

Loading...

2020 © Nara Media Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia.

To Top