Ini Dia Tips Rebus Kerang Untuk Dapatkan Isi Kerang Paling Sedap!

Trending

Ini Dia Tips Rebus Kerang Untuk Dapatkan Isi Kerang Paling Sedap!

Ramai suka makan kerang tetapi tahukah anda ada cara mudah untuk menghasilkan isi kerang rebus yang sedap berbanding merebusnya dengan cara biasa?

Advertisement

Pertama sekali, untuk mendapatkan isi kerang yang besar dan penuh, ia harus dibeli semasa bulan mengambang penuh. Menurut petua orang, kerang yang dibeli semasa bulan mengambang lebih penuh, dan besar semasa pertengahan bulan.

Kedua, kerang biasanya direbus dan dikopek untuk dibuat sambal, rendang kerang atau kerabu. Tetapi ada cara untuk merebusnya dengan lebih cepat dan hasilnya juga, isi kerang menjadi lebih kenyal dan sedap.

Caranya?

Kerang yang dibeli perlu dibasuh bersih-bersih sebelum dimasukkan ke dalam kuali. Kemudian masukkan garam secukup rasa.

Nyalakan api dapur dengan kebesaran sederhana, dan tutup kuali dengan penutup selama lima hingga tujuh minit, atau sehingga air meruap di kuali. Dengan cara ini, kerang tersebut akan masak disebabkan air dalam kerang itu sendiri.

Hasilnya, kerang menjadi sejuk dengan lebih cepat untuk mempercepatkan proses mengopek, ia juga masak dengan lebih kenyal dan isinya lebih manis. Sedap jika dibuat sambal, rendang atau kerabu.

Selamat mencuba ya! – amazingnara.com

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...