Ini Dia Senarai Tempat Best Di Adelaide Yang Korang Confirm Menyesal Kalau Tak Pergi

Hiburan

Ini Dia Senarai Tempat Best Di Adelaide Yang Korang Confirm Menyesal Kalau Tak Pergi

Bila bercakap mengenai Australia, ramai yang bayangkan kangaroo, koala atau wombat sahaja kan? Sebenarnya Australia mempunyai banyak lagi destinasi percutian menarik dengan pelbagai aktiviti yang tidak anda jangkakan.

Bukan itu sahaja, selain sarat dengan aktiviti menarik, keindahan dan kecantikannya juga tidak dinafikan lagi.

Advertisement

Antara ‘adventure’ yang paling menarik adalah ketika melusuri destinasi di Great Ocean Road.

Salah satu destinasi yang wajib korang kunjungi adalah Adelaide. Pasti tenang dan mampu melepaskan semua tekanan dan bebanan kerja. Tapi, apa pula yang ada di Adelaide?

Dengan durasi penerbangan selama 90 minit perjalanan dari Melbourne, Adelaide ialah sebuah bandar yang terletak di South Australia, bandar kelima paling padat di Australia dan terkenal dengan pemandangan indah serta lokasi tumpuan pelancong yang mudah diakses.

Jom kita ushar beberapa tempat menarik di Adelaide korang boleh ‘explore’ :-

LIMESTONE COAST

Limestone Coast adalah tempat kepada beberapa keajaiban semulajadi yang paling hebat di Australia Selatan. Antaranya ialah :-

Umpherston Sinkhole

Kalau korang jenis adventurous dan nature lover, Umpherston Sinkhole adalah tarikan alam semulajadi yang ajaib.

Kawasan gua batu kapur bawah tanah ini berubah landskap menjadi kawasan hijau dengan tumbuhan yang seakan-akan tergantung. Keunikan yang tidak ada di tempat lain.

Blue Lake

Sebagai salah satu tempat pelancongan yang paling banyak dilawati di Mount Gambier, Blue Lake dianggap sebagai permata tarikan pelancong.

Menariknya, air di Blue Lake akan bertukar kebiruan pada bulan Disember hingga Mac setiap tahun dan bertukar pula kepada warna kelabu gelap dari April hingga November.

Limestone Caves

Tarikan-tarikan lain di Limestone Coast adalah anda dapat melihat geologi Australia Selatan terdiri daripada gua batu kapur (Limestone Caves) yang dibentuk oleh retakan, hakisan, dan runtuhan batuan sedimen.

Long Beach Robe

Selain itu nikmati pemanduan dengan pemandangan pantai indah di sepanjang Long Beach Robe. Ia adalah salah satu daripada bandar-bandar pantai percutian yang paling popular di Limestone Coast dan dengan pantai yang luas seperti Long Beach, tidak hairanlah ia menjadi destinasi sesuai untuk keluarga.

ADELAIDE HILLS

Terletak dekat dengan bandar Adelaide di Mount Lofty Ranges, Adelaide Hills yang indah adalah kawasan yang dikagumi dengan keindahan semulajadi yang tidak dapat ditandingi dan terdapat banyak hidupan liar.

Petik Buah Strawberi Segar

Banyak buah-buahan segar dan sayur-sayuran yang terdapat di Adelaide Hills, anda boleh menikmati hasil segar dengan memilih sendiri buah strawberi di Beerenberg Farm.

Hidupan Liar Di Cleland Wildlife Park

Hampir semua orang yang mengunjungi Australia ingin melihat dan berinteraksi dengan hidupan liar Australia seperti memberi makanan kepada kanggaru dan memeluk koala dan anda boleh melakukannya di Cleland Wildlife Park. Pastinya ia akan menjadi momen paling menarik yang anda tidak akan pernah lupakan.

Jalan-jalan di Hahndorf Main Street

Disebalik keindahan di Adelaide Hills, terdapat penempatan Jerman yang tertua di Australia yang telah lama ditubuhkan pada tahun 1839 dikenali sebagai Hahndorf.

Deretan bangunan tua di tempat itu menawarkan bermacam barang jualan. Kalau dah sampai ke Hahndorf Main Street, jangan lupa singgah ke bakeri dan kafe-kafe Jerman untuk menikmati pelbagai jenis treats!

Pengalaman Hasilkan Produk Penjagaan Kulit

Sekiranya anda ingin merasai pengalaman membuat produk kecantikan secara semulajadi, anda boleh berkunjung ke Jurlique Farm.

Untuk makluman anda, Jurlique Farm sebuah syarikat penjagaan kulit semulajadi Australia Selatan yang menggunakan bahan berasaskan bunga, dipilih di ladang biodinamik di Adelaide Hills

ADELAIDE CITY

Adelaide Central Market

Percutian anda ke Selatan Australia tidak lengkap sekiranya anda tidak berkunjung ke Adelaide Central Market.

Tempat ini telah ditubuhkan pada tahun 1869 dan menjadi rumah kedua buat penggemar makanan dan chef. Ada banyak bahan masak dari pelbagai pelosok dunia dijual di sini. Lebih 80 gerai, korang mesti rambang mata nak pilih sebab semua gerai menawarkan produk yang segar pada harga yang berpatutan.

Pasarnya sangat bersih dan menjadi pilhan warga Adelaide bersarapan dan bertemu rakan mereka.

Terokai Bandar Adelaide Dengan Menaiki ‘EcoCaddy’

Ada banyak lagi tempat yang anda boleh ‘explore’ di bandar Adelaide. Anda boleh gunakan khidmat EcoCaddy untuk anda lawati tempat-tempat popular di sekitar bandar yang kaya dengan sejarah dan landskap semulajadi yang menarik.

FLEURIEU PENINSULA

Kurang satu jam perjalanan dari pusat bandar Adelaide, Fleurieu Peninsula adalah salah satu destinasi perjalanan harian Adelaide yang paling popular. Mempunyai pemandangan bukit dan pantai indah.

Victor Harbor adalah yang terbesar dan salah satu bandar paling popular di semenanjung ini. Dari sini, pelawat boleh menaiki kapal pelayaran menonton ikan paus bermusim atau memancing.

Terdapat juga bagunan menarik di McLaren Vale iaitu salah satu ladang anggur untuk penghasilan wine. Bangunan itu dikenali sebagai d’Arenberg Cube yang dibina di tengah kilang anggur sebagai salah satu idea untuk menarik lebih ramai pelancong.

Anda juga merasai pengalaman berenang bersama Bluefin Tuna, ikan yang paling pantas di lautan ataupun beri makan kepada haiwan-haiwan jinak seperti Alpaca.

Banyak kan tempat menarik di South Australia untuk korang terokai. Lepas ini kalau pergi melancong kena lah ke sana. Best sikit nak cerita pengalaman berkunjung ke tempat baru dengan kawan-kawan nanti.

Apa tunggu lagi, jom kita ‘explore’ Southern Australia dan Adelaide! Layari laman rasmi mereka, Facebook See South Australia dan IG South Australia untuk maklumat lanjut.



Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...