Ini Dia Resipi Mudah Bagi Yang Nak Diet, Hanya Perlu 4 Bahan Je

Makanan

Ini Dia Resipi Mudah Bagi Yang Nak Diet, Hanya Perlu 4 Bahan Je

Pasti ramai rasa susah macam mana nak buat resipi yang mudah dan cepat untuk diet. Ada resipi yang susah untuk dijadikan panduan, jadi hasrat untuk diet tu hilang sebab malas nak siapkan bahan-bahan.

Janga risau, korang boleh cuba resipi yang dikongsikan oleh wanita ini bagi siapa-siapa yang nak diet. Tapi, resipi ni pun boleh dicuba untuk sesiapa yang nak puasa, jadi boleh makan waktu bersahur. Korang hanya perlukan [email protected] bahan je untuk buat overnight oat yang pasti boleh buat korang kenyang.

Advertisement

Bahan-bahan yang diperlukan :

  • Rolled oats
  • Natural youghurt
  • Susu Segar
  • Bahan tambahan (Strawberries, cashew nuts dan lain-lain)

Caranya mudah je, korang perlu tuang rolled oats yang siap ada biji bunga matahari, pumpkin seeds, flax seeds chia seeds ke dalam bekas. Kalau boleh jangan guna instant oat nanti jadi macam makanan bayi.

Sumber : Twitter draensaari

Selepas itu, letak 4 sudu natural yoghurt sekali dalam oats tu. Untuk bagi lembut, tuang susu segar ikut citarasa korang. Kalau tak nak lembut, boleh kurangkan susu segar.

Sumber : Twitter draensaari

Akhir sekali, korang hanya perlu taburkan bahan-bahan tambahan kegemaran contohnya buah strawberi, cashew nuts dan dried fruits.

Advertisement

Bagi yang nak manis sikit, korang boleh tambah satu sudu madu, tapi kalau dah banyak dried fruits tak perlu nak tambah madu. Lepas tu korang boleh simpan dalam peti sejuk untuk dimakan nanti. Mudah kan.

Sumber : Twitter draensaari

Jangan lupa try tau!

Sumber

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...