Ini Dia Pawagam Paling Mewah Di Malaysia Dengan Gaya Moden Dan Eksklusif!

Trending

Ini Dia Pawagam Paling Mewah Di Malaysia Dengan Gaya Moden Dan Eksklusif!

Golden Screen Cinemas Sdn Bhd (GSC) kini menawarkan pengalaman menonton wayang lebih mewah dan santai. Sudahlah selesa, privasi pun ada tau.

Inilah pawagam ala-ala T20, Aurum Theatre. Gaya dan corak dekorasi yang dihasilkan di sini pasti akan memukau mata yang melihat.

Menerusi perkongsian Akid dilaman Twitter, dia turut memberi gambaran mengenai suasanan jika berada di panggung wayang mewah itu.

Advertisement

Jika dapat dilihat, ruang disediakan di dalam panggung cukup luas dengan sofa yang eksklusif. Bukan itu sahaja, makanan pun dihidang oleh waiter ya. Ini bukan biasa-biasa tau. Terasa kaya dia tu. Haha!

Kepada sesiapa yang tak tahu, Aurum Theatre ini ada kelas tersendiri tau. Lebih menyeronokkan, servis pembantu, pilihan makanan ala fine dining daripada Jin Gastrobar dan kafe minuman juga disediakan. Wow menarik sangat.

Sofa eksklusifdessert

Rata-rata yang memberi komen turut teruja dengan suasana sebenar pawagam ala-ala T20 ini. Walaupun harga tiketnya mencecah ratus ringgit, tetapi perkhidmatan yang disediakan memang A lah orang kata.

Tak salah jika nak merasa sekali-sekala, tukar angin lah pula kan. Mungkin dah boleh rancang untuk bagi kejutan buat yang tersayang, orang kata quality time together!

SUMBER

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...