Ini Dia Lelaki Yang Mengejar Pengganas Kulit Putih Di Masjid Christchurch, Berpotensi Telah Selamatkan Ramai Nyawa

Trending

Ini Dia Lelaki Yang Mengejar Pengganas Kulit Putih Di Masjid Christchurch, Berpotensi Telah Selamatkan Ramai Nyawa

Tindakan nekad seorang lelaki untuk berdepan dengan pengganas yang menyerang Jemaah dua buah masjid di New Zealand ketika solat Jumaat mungkin telah mengelakkan lebih ramai nyawa terkorban.

Advertisement

Saya boleh dengar dua anak lelaki saya kata, “ayah, tolong masuk ke dalam semula. Tolong masuk ke dalam semula.”

Saya beritahu mereka, “kamu berdua masuklah ke dalam. Ayah takkan apa-apa.”

Abdul Aziz, 45, sedang menunaikan solat Jumaat dengan dua anaknya apabila seorang lelaki kulit putih masuk ke dalam masjid dan mula melepaskan tembakan kepada Jemaah yang sedang bersolat.

Aziz berkata, pada mulanya ramai Jemaah tidak sedar yang bunyi yang bergema ialah bunyi tembakan senapang automatik.

Kami semua fikir ia bunyi mercun. Kemudian saya lihat salah seorang jemaah berlari dan menjerit, bahawa jemaah lelaki dan perempuan sedang ditembak. Saya terus lari keluar.

Nalurinya yang pertama sekali berfikir untuk mengalihkan perhatian pengganas itu dengan apa jua cara yang boleh. Jadi dia berlari keluar dari masjid sambil menjerit, cuba untuk menarik perhatian pengganas itu kepadanya.

Aziz kemudian berkata, dia membaling mesin pembaca kad kredit kepada pengganas itu.

Mula-mula saya fikir, sebab saya lihat dia dalam pakaian seragam ketenteraan–tak mungkin dia orang jahat.

Bila dia mula maki saya, saya boleh fikir bahawa dia bukan orang baik. Dia orang jahat. Jadi saya baling mesin itu ke arah dia.

Abdul Aziz percaya tindakannya itu mengelirukan pengganas itu. Pengganas itu kemudiannya menjatuhkan senapangnya, yang kemudiannya berlari ke keretanya untuk mengambil senapang yang lain.

Abdul Aziz kemudian mengambil senapang yang dijatuhkan serta mengejar pengganas itu.

Dia lari dan saya kejar dia. Dia duduk dalam kereta. Senapang ada di tangan saya, saya meluru ke arahnya seperti anak panah dan baling senapang itu ke arahnya. Ia menyebabkan cermin keretanya pecah. Saya dapat lihat dia sedang ketakutan.

Kemudian dia maki saya, dan terus memandu meninggalkan tempat itu.

Tidak lama selepas cuba meninggalkan kawasan itu, pengganas itu ditahan polis dan kini didakwa atas tuduhan membunuh.

Walaupun telah membunuh lapan orang dalam serangan di situ, komuniti masjid berkata tindakan Abdul Aziz telah menyelamatkan nayawa lain dari terbunuh. Seorang saksi, Latef Alabi yang merupakan pemangku imam di Masjid Linwood berkata:

Dia kejar pengganas itu, dan berjaya melawannya. Itu cara kami semua diselamatkan.

Jika pengganas itu berjaya masuk ke dalam, mungkin kini kami semua telah tiada.

Seramai 42 orang terbunuh di Masjid Al-Noor, manakala lapan lagi dibunuh di Masjid Linwood dalam serangan yang bermotifkan ‘ketuanan kulit putih’.

Bila saya balik ke masjid, saya lihat semua orang sedang ketakutan. Saya kata, jangan takut saudaraku. Dia dah pergi

Kemudian semua orang bangun. Pada masa ini kami dapat lihat siapa yang cedera d siapa terbunuh. Ia masa yang buruk. Sangat buruk.”

Abdul Aziz memberitahu Associated Press:

Saya dah pergi ke berbagai negara dan ini (NZ) antara yang paling cantik.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...