Ini Dia Cara Hilangkan Bekas Minyak Panas Di Tangan, Hanya Menggunakan 2 Bahan

Trending

Ini Dia Cara Hilangkan Bekas Minyak Panas Di Tangan, Hanya Menggunakan 2 Bahan

Bagi korang yang baru nak belajar masak mesti rasa takut nak mula sebab risau tangan terkena minyak panas lagi-lagi untuk kaum lelaki.

Tak kisah kaum lelaki atau perempuan mesti kalau dah terkena minyak panas waktu memasak akan fobia nak masak semula sebab risau perkara yang sama akan berulang lagi.

Advertisement

BACA : TikToker Malaysia Kongsi Tips Mudah Untuk Bersihkan Bekas Plastik Berminyak 

Korang jangan risau kalau tangan terkena minyak panas ada cara nak hilangkannya. Korang hanya perlu guna dua bahan je iaitu tepung gandum dan air sahaja.

Mula-mula, jangan cuci dahulu tempat yang terkena minyak panas tu, tapi korang perlu tabur sedikit tepung gandum ke atas permukaan yang terkena minyak panas.

Lalu, bancuh sedikit tepung gandum dan air di bekas berlainan. Bancuh ikut kesesuaian, jangan terlampau pekat dan jangan pula terlampau cair. Setelah itu, lumurkan bancuhan tadi di atas permukaan yang terkena minyak panas tadi. Sapu sehingga rata dan biarkan selama 30 minit untuk seketika.

Akhir sekali, basuh bahagian yang korang sapu bancuhan tepung gandum tadi sehingga bersih. Mudah kan.

So, lepas ni dah tak perlu risau kalau tangan terkena minyak panas sebab dah tau cara macam mana cara nak pulihkan semula kan.

Selamat mencuba!

Sumber 

 

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...