Ini Dia Antara Pengambilan Makanan Yang Sihat Untuk Bantu Mengurangkan Stres

Makanan

Ini Dia Antara Pengambilan Makanan Yang Sihat Untuk Bantu Mengurangkan Stres

Pasti segelintir daripada korang ada yang mengalami stres sampai kadang-kadang boleh mengganggu kerja dan rutin seharian. Jika dibiarkan ianya boleh mengganggu kesihatan fizikal dan mental sehingga boleh memakan diri sendiri.

Oleh itu, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ada berkongsi di laman rasmi tentang pemakanan yang sihat untuk membantu mengurangkan stres.

Advertisement

Berikut merupakan antara makanan yang boleh membantu untuk mengurangkan stres :

1.Kekacang

Sumber kekacang seperti badam, pistachio dan kacang walnut kaya dengan Vitamin B2, Vitamin E, magnesium dan zink. Vitamin B2 yang yang diperoleh dapat membantu dalam sekresi serotonin iaitu hormon yang memberi rasa kegembiraan.

Zink merupakan antara komponen yang diperlukan dalam melawan stres manakala Vitamin E berkesan dalam menghalang penyakit yang disebabkan oleh stres iaitu penyakit jantung.

2.Sumber ikan

Ikan daripada laut seperti salmon, mackerel (tenggiri, kembung) dan sardin serta ikan air tawar seperti ikan patin dan haruan menjadi sumber makanan yang tinggi dengan Omega 3 untuk menstabilkan stres.

3.Bijirin penuh

Bijirin sarapan pagi, roti dan beras perang serta oat mengandungi karbohidrat kompleks yang bertindak untuk merangsang pengeluaran hormon serotonin (bahan kimia pencetus rasa gembira dalam otak). Bijirin penuh yang kaya dengan Vitamin B juga dapat meningkatkan tenaga dan mengurangkan keletihan.

4.Aprikot kering

Aprikot kering kaya dengan magnesium dan berkhasiat untuk membantu menenangkan otot dari dalam dan juga berfungsi mengawal hormon stres.

5.Teh hijau

Serbuk matcha teh hijau ialah daun teh dikisar halus yang terdapat kandungan L-theanine. L-theanine merupakan sejenis asid amino bukan protein yang kaya dengan kandungan anti stres. Jadi, siapa yang mengamalkan minuman teh hijau dapatlah mengurangkan sedikit stres yang ada dalam diri.

6.Ubi Keledek

Ubi keledek kaya dengan pelbagai nutrisi lain dan boleh membantu merendahkan hormon kortisol dalam tubuh badan. Hormon kortisol ialah penyebab berlakunya stres dan kandungan nutrien yang terdapat dalam ubi keledek seperti Vitamin C dan potasium berkesan melawan stress yang dialami.

7.Kimchi

Kimchi ialah suatu makanan tradisional Korea dan sejenis hidangan sayuran yang di fermentasi atau ditapai. Kebiasaannya kimchi dihasilkan daripada sayur kubis, lobak putih, daun bawang dan bahan-bahan lain. Disebabkan ditapai, ianya mempunyai kandungan bakteria baik yang disebut probiotik dan kajian menunjukkan probiotik mampu mengurangkan stres dan keresahan yang dialami.

8.Coklat

Pakar kimia dari Jerman mengesahkan coklat mempunyai kaya nutrisi tambahan yang dapat memulihkan tenaga selain rasanya yang enak. Amalan memakan coklat juga baik kerana dapat mengeluarkan hormon endorfin ke dalam otak yang merangsang emosi gembira. Pengambilan coklat pahit berwarna hitam antara yang terbaik kerana belum dicampur dengan zat tambahan lain.

Walau bagaimanapun, pengambilan coklat tidak boleh berlebihan kerana ianya boleh mengundang risiko kesihatan lain seperti berat badan berlebihan.

Semoga info ini memberi manfaat dan membantu mana-mana individu yang mengalami tekanan ataupun stres.

Sumber :myhealth.gov, islamituindah.us, Salam Web Today

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...