Penyanyi dan juga komposer, Ernie Zakri tampil memberikan penjelasan mengenai isu berkenaan lagu Astana yang bakal berentap di pentas Semi Final Muzik-Muzik ke-38 (SFMM38).
Sebelum ini, terdapat pengumuman daripada syarikat rakaman Rocketfuel Entertainment di mana lagu itu bakal dinyanyikan oleh penyanyi Nadeera dan bukannya penyanyi asal, Ernie Zakri.
Ernie selaku komposer dan juga penyanyi lagu Astana menjelaskan bahawa dia tidak teragak-agak untuk menarik diri daripada pencalonan berkenaan.
Ini adalah diluar pengetahuan saya sebagai penyanyi asal dan komposer lagu ini. Saya tidak menerima apa-apa e-mail rasmi atau surat kepada pihak saya.
Jika perkara ini berterusan saya bersama ketiga-tiga komposer berhak untuk menarik diri daripada Semi Final Muzik-Muzik.
Saya hanyalah seorang penyanyi yang sentiasa menyokong industri muzik dan saya juga inginkan yang terbaik untuk industri dan karier saya.
Dia juga menafikan dakwaan sesetengah pihak yang mendakwa dia sengaja tidak mahu menyanyikan lagu tersebut.
Ernie yang kini bernaung di bawah Unversal Music Malaysia dalam pada itu mengucapkan terima kasih kepada pihak produksi SFMM38 dan juga peminat yang tidak pernah berhenti memberikan sokongan terhadap dirinya.
Sekadar info, Ernie merupakan penyanyi asal serta penulis lagu Astana bersama Omar K, Syamel dan Shazriq Azeman.
Rocketfuel yang merupakan syarikat naungan Ernie memilih penyanyi Nadeera bagi menggantikan Ernie dan menyanyikan lagu tersebut di acara separuh akhir Muzik-Muzik ke-38 nanti.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.