Ini Cara Yang Betul Untuk Uruskan Hal Insurans Jika Terlibat Dengan Kemalangan Jalan Raya

Kehidupan

Ini Cara Yang Betul Untuk Uruskan Hal Insurans Jika Terlibat Dengan Kemalangan Jalan Raya

Mungkin ada yang mengetahui perkara yang perlu dilakukan sekiranya terlibat dengan kemalangan jalan raya atau juga mungkin akan terkejut dan terus berasa panik. Menerusi perkongsian Anis Zahari di laman Twitter, terdapat beberapa langkah yang perlu diambil oleh individu yang terlibat dengan kemalangan kecil.

“Bila eksiden.. kita kena bijak menguruskan caranya.. Menguruskan kereta kemalangan tanpa mengalami kerugian.”

Advertisement

Jangan tandatangan apa-apa dokumen 

kemalangan jalan raya

Gambar hiasan

Sesudah memanggil trak penunda kereta untuk menarik kereta anda ke bengkel, jangan menandatangani apa-apa dokumen yang diberikan oleh pemandu trak tunda. Dokumen tersebut akan membenarkan syarikat penunda kereta menerima 10 peratus komisen daripada pihak insurans.

Anda hanya ingin menggunakan perkhidmatan trak tunda dalam caj lingkungan RM200 hingga RM300.

trak tunda

Gambar hiasan

Buat laporan polis terlebih dahulu 

Minta pemandu trak tunda untuk membawa kenderaan anda ke balai polis yang berhampiran untuk membuat laporan.

Hantar kenderaan ke bengkel panel 

Minta pemandu trak tunda untuk menghantar kenderaan anda berdasarkan bengkel panel anda. Sekiranya anda tidak mengetahui alamat bengkel panel yang berdekatan, telefon pihak insurans dan minta beberapa alamat bengkel panel yang boleh menerima kenderaan anda yang rosak akibat kemalangan.

Tuntut 10 peratus daripada pemilik bengkel 

Setelah anda menghantar kenderaan anda ke dalam bengkel, adjuster insurance akan mengira jumlah kerosakan yang dialami. Contohnya jika jumlah kerosakan ialah RM100,000 anda boleh menuntut RM10,000 dengan pemilik bengkel dengan alasan anda sudah memberi job kepada mereka untuk membaiki kenderaan anda.

kemalangan

Gambar hiasan

Tuntut lost of use dengan pihak insurans 

Bengkel akan menyatakan berapa lama tempoh kederaan anda akan siap dibaiki sepenuhnya. Contoh, 30 hari. Anda boleh menuntut lost of use dengan pihak insurans selama mana kereta anda mengambil masa untuk siap dibaiki.

Jika tuntutan ialah RM30 untuk sehari (mengikut jenis insurans), anda boleh menuntut RM900 daripada pihak insurans. Namun, tempoh tuntutan adalah terhad kepada 3 bulan sahaja.

Minta senarai bahagian yang dibaiki 

Anda boleh memeriksa sendiri bahagian mana kenderaan anda dibaiki oleh bengkel. Sekiranya terdapat alat ganti yang kurang, anda boleh menuntut kembali duit tersebut daripada pemilik bengkel.

Jangan mudah terpedaya 

Jangan sesekali mempercayai kata-kata pemandu trak tunda sekiranya mereka mencadangkan kenderaan anda dibawa ke bengkel mereka. Individu yang menjalankan operasi trak tunda tidak mempunyai bengkel yang tersendiri untuk membaiki kenderaan yang terlibat dengan kemalangan.

Namun, tidak dinafikan apabila kita berada dalam situasi yang mencemaskan seperti ini kita mudah panik dan tidak tahu untuk menyelesaikan perkara tersebut. Jangan risau, anda perlu bertenang seketika dan memberitahu kenalan rapat anda tentang kemalangan yang dialami. Barulah anda dapat uruskannya dengan tenang.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...