Ini Cara Untuk Anda Semak Dan Dapatkan Bantuan Prihatin Nasional Bermula 1 April

COVID-19

Ini Cara Untuk Anda Semak Dan Dapatkan Bantuan Prihatin Nasional Bermula 1 April

Pada Jumaat lalu, Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mengumumkan Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat bagi membantu rakyat yang kini terjejas dengan penularan wabak COVID-19. Pelbagai bantuan akan diberikan di mana tidak ada satu golongan pun yang akan terkecuali.

2 years lalu

(TERKINI) Ini Senarai Intipati Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat Berjumlah RM250 Billion

Advertisement

Pastinya ramai yang sudah tidak sabar untuk memohon bantuan yang diberikan kerana keadaan semasa yang telah menjejaskan pendapatan bulanan. Pembayaran bagi Bantuan Prihatin Nasional akan dilakukan di dalam dua fasa iaitu akan dibayar pada bulan April dan juga Mei ini.

Sebelum memohon, anda disarankan untuk menyemak dahulu kriteria kelayakan bagi melayakkan anda menerima bantuan yang diberikan. Untuk setiap bantuan yang diberikan terdapat kriteria yang berbeza mengikut kelayakan individu yang memohon. Terutamanya dari segi pendapatan bulanan pemohon. Anda boleh semak melalui jadual di bawah.

Advertisement

bantuan prihatin nasional

Tempoh membuat semakan

Permohonan boleh dilakukan bermula 1 April ini dan bagi mereka yang ingin membuat permohonan baru diminta ke laman sesawang rasmi Lembaga Hasil Dalam Negeri di sini. Penerima yang layak menerima Bantuan Prihatin Nasional (BPN) B40 dan M40 boleh membuat semakan status mulai 1 April 2020.

Pangkalan data penerima bantuan berdasarkan senarai penerima BSH yang diluluskan untuk B40, manakala untuk M40 adalah berdasarkan senarai pembayar cukai pendapatan yang memenuhi kriteria pendapatan BPN yang ditetapkan.

Anda juga disarankan untuk sentiasa membuat semakan di laman sesawang rasmi Bantuan Sara Hidup, dan Lembaga Hasil Dalam Negeri bagi memastikan anda tidak terlepas sebarang maklumat. Anda juga boleh menghubungi terus pihak Kementerian atau LHDNM melalui nombor-nombor telefon tertera ini: 03-8882 9089 / 03-8882 9087 / 1-800 882 747 / 03-8911 1000.

Kaedah pembayaran

Bagi Bantuan Prihatin Nasional B40, anda mestilah memaklumkan maklumat akaun di mana pembayaran boleh terus dikreditkan pada akaun anda. Tetapi jika bayaran gagal dilakukan atau tiada akaun bank, pembayaran akan diberikan melalui Bank Simpanan Nasional secara tunai.

Manakala untuk Bantuan Prihatin Nasional M40, pembayaran akan dibuat melalui akaun bank yang dinyatakan di dalam Borang Nyata Cukai Pendapatan (BNCP) terkini yang telah dikemukakan. Bayaran akan dikreditkan ke akaun bank ketua isi rumah. Jika taksiran bersama telah dipilih semasa mengemukakan BNCP, bayaran akan dikreditkan ke akaun bank atas nama pembayar cukai yang ditaksir.

Jangan lupa ikuti perkembangan dan maklumat terkini melalui Facebook rasmi Kementerian Kewangan Malaysia.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...