Ini Cara Tanggalkan Pelekat Pada Motosikal,Tanpa Ada Kesan Gam Yang Tertinggal

Trending

Ini Cara Tanggalkan Pelekat Pada Motosikal,Tanpa Ada Kesan Gam Yang Tertinggal

Adakalanya kita ingin menukar pelakat baru, warna dan corak yang berbeza, dan selalunya nak buat sendiri. Tapi, pelekat yang ada, selalunya melekat dengan kuat. Kalau nak cabut, risau kalau cat pada badan motor akan tercabut sekali, jadi macam mana nak buat?

Advertisement


1. Guna pistol gam (ray gun)

halakan pada pelekat yang nak dibuang, pastikan jarak jauh sedikit daripada badan motor. Kemudian boleh cabut bila ia sudah mula lembut.

2. Pengering rambut

Tahap kepanasannya tak begitu kuat berbanding ‘ray gun’, ia perlu dihalakan lebih lama kepada permukaan pelekat, tetapi tidak terlalu dekat. Sambil itu, boleh berhenti seketika, untuk cuba cabut pelekat, jika sudah boleh, henti halakan pengering rambut.

3. WD40

Anda hanya perlu kopekkan sedikit di bucu-bucu pelekat, sama ada dengan pisau atau alatan khas, kemudian semburkan WD40 pada pelekat. Tunggu seketika, kemudian boleh cabut dengan mudah.

5. Pemetik api

Panaskan pelekat dengan pemetik api, tetapi harus diingat, jauhkan jarak dari pelekat, kerana takut ianya akan terbakar. Dalam pada itu, gam sudah mula mencair, cuba Tarik pelekat dalam pada masa sama, panaskan pada bahagian-bahagian pelekat yang lain.

Selepas cabut pelekat pada badan motor, pastinya ada kesan gam. Boleh tanggalkan kesan gam tersebut dengan menggunakan cecair pencuci, atau minyak, yang diletakkan sedikit pada kain dan lap bahagian terlibat.

Pastikan cecair yang digunakan tidak terlalu kuat hakisannnya, takut nanti cat pada badan motor akan terhakis.

Sumber : Cruiser & motorcyclist

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...