Ini Cara ‘Recover’ Gambar, Video & Semua Fail Penting Daripada Laptop Rosak

Teknologi

Ini Cara ‘Recover’ Gambar, Video & Semua Fail Penting Daripada Laptop Rosak

Pasti ramai yang sudah terbiasa menyimpan gambar atau video kenangan mahupun fail-fail penting di dalam laptop kan. Namun, tahukah anda bahawa jangka hayat sebuah laptop adalah pendek iaitu hanya sekitar 3 tahun ke 5 tahun bergantung kepada jenama dan cara penjagaan.

Jadi, bagaimana kita mahu mendapatkan semula semua fail-fail penting di dalam sebuah laptop jika ianya mengalami kerosakan?

Advertisement

Bagi menjawab persoalan ini, menerusi satu perkongsian video oleh seorang pengguna TikTok dikenali sebagai Aman Jamadi, ini adalah langkah-langkah untuk recover data daripada laptop rosak.

laptop

Cara-cara Mendapatkan Semula Fail Penting Daripada Laptop Rosak

1. Bawa laptop rosak ke kedai komputer terdekat.

Untuk pengetahuan anda, sebarang fail masih boleh diselamatkan daripada laptop yang rosak selagi mana hard disk masih boleh berfungsi.

2. Keluarkan atau extract hard disk (HDD atau SSD).

Seterusnya, minta bantuan juruteknik di kedai komputer untuk menggeluarkan hard disk yang berada di dalam laptop tersebut.

3. Bawa external hard disk atau pendrive.

Kemudian, anda turut boleh meminta juruteknik untuk melakukan backup supaya fail yang tersimpan boleh dieskport ke dalam external hard disk atau pendrive yang dibawa.

4. Beli external hard disk enclosure (Pilihan).

Jika anda mahukan privasi terhadap semua gambar atau video peribadi yang disimpan di dalam laptop tersebut, anda boleh meminta juruteknik untuk keluarkan sahaja hard disk laptop dan kemudian anda digalakkan untuk membeli cable dikenali sebagai enclosure supaya anda boleh melakukan semua proses tersebut dengan sendiri.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

mac vs windows
2 years ago

Laptop Mac Atau Windows Lebih Baik? Ikuti Panduan Pakar Mengenai Pilihan Terbaik Mengikut Penggunaan

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : TikTok

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...