Semua antara kita memang teringin nak beli rumah pertama. Apatah lagi rumah kedua dan seterusnya jika berkemampuan, apa salahnya kan?
Tapi sebelum membeli rumah, banyak perkara penting yang perlu ambil tahu agar kita tak ditipu atau dimanipulasi untuk kepentingan pihak tertentu.
Oleh kerana demikian, ramai pakar hartanah di Malaysia banyak kali ingatkann kita supaya membeli rumah dahulu sebelum membeli aset yang susut nilai seperti kereta, cukuplah kereta biasa dahulu demi masa hadapan.
Bila bercakap mengenai membeli rumah, jika kita yang bekerja makan gaji terutamanya mereka yang baru 3 4 tahun bekerja, sudah pasti memerlukan pinjaman bank untuk membeli rumah.
Tetapi sebelum kita buat keputusan buat pinjaman perumahan, kita perlulah memilih bank yang menyediakan kadar atau syarat pinjaman yang terbaik seperti yang dikongsikan oleh pakar hartanah ini, saudara Harith Faisal. jom kita baca perkongsian beliau.
BANK TERBAIK UNTUK PEMBIAYAAN PERUMAHAN? BACA NI DULU.
“Bank apa paling bagus untuk beli rumah ya? Saya nak yang interest paling rendah tau.”
Soalan hang tu umum sangatlah, dik oi.
Lagi satu, orang pilih home financing bukan tengok bank profit/interest yang paling rendah saja. Banyak lagi faktor lain yang anda kena tau.
Ikut pengalaman, saya akan hantar lebih daripada 2 permohonan kepada bank yang berbeza. Risau berharap sangat kat 1 bank je. Kalau tak lepas bank tu, ada back up daripada bank yang lain.
Selain tu, tujuannya supaya saya dapat memilih bank yang menawarkan pakej terbaik mengikut citarasa dan matlamat pelaburan saya.
Nah! Saya belanja antara 6 perkara yang perlu kita perhatikan masa nak pilih pakej pembiayaan yang sesuai untuk rumah kita. Ada lagi faktor lain, tapi dah dapat 6 ni cukuplah ya.
1. TEMPOH PEMBIAYAAN MAKSIMUM.
Kalau muda-muda boleh dapat tempoh pembiayaan maksimum 35 tahun. Pilih yang maksimum supaya bayar balik bulanan jadi rendah. Kadar sewa nanti boleh cover bayaran balik bulanan dan dapat aliran tunai positif. Inilah salah satu sebab yang memotivasikan saya untuk beli rumah banyak-banyak di kala usia masih remaja. Kalau umur 40 tahun, dapat 30 tahun saja pembiayaan. 70 – 40 = 30.
2. KADAR KEUNTUNGAN BANK TERENDAH.
Lagi rendah keuntungan bank, lagi baguslah sebab bayar balik bulanan mestilah lagi rendah. Ada bank yang pakai kiraan “lagi mahal harga rumah, lagi rendah keuntungan bank”. Tapi masih ambil kira skoring dari banker. Kalau kita dikategorikan sebagai high risk applicant, besar kemungkinan kadar keuntungan bank tu akan tinggi jugak.
3. TIADA LOCK IN PERIOD.
Biasanya pembiayaan Islamik memang tiada lock in period. Jadi, tiada halangan daripada pihak bank untuk kita jual semula rumah kita bila-bila masa. Contohnya kalau kita ambil yang 5 tahun lock in period, jadi kita tak boleh jual rumah kita dalam tempoh masa tersebut melainkan kita rela membayar penalti kepada pihak bank. No lock in period sesuai untuk flipper. Kalau nak duduk sendiri rumah tu, tak payah kisah sangatlah.
4. FLEKSIBEL.
Fleksibel yang paling best. Sebab bila-bila masa kita ada duit lebih, kita boleh bayar lebih kepada bank untuk memendekkan tempoh pembiayaan. Kalau jenis term, hanya boleh diselesaikan dengan full settlement sahaja. Kalau setiap bulan anda bayar lebih daripada jumlah sebenar sekalipun, ia dikira sebagai advance payment. Selain itu, wujud juga yang jenis separa fleksibel.
5. MARGIN PEMBIAYAAN MAKSIMUM.
Untuk pembiayaan rumah pertama dan kedua, biasanya bank akan bagi 90% margin of financing (MOF), lagi 10% kena sediakan sendirilah. Tapi masih bergantung kepada skoring tahap kewangan kita. Kalau kita high risk applicant, mungkin hanya dapat 80% atau mungkin permohonan kena tolak. Untuk pembiayaan rumah ketiga dan berikutnya bank akan bagi 70% MOF sahaja. Harap maklum. Pembeli rumah pertama boleh mencuba nasib untuk dapatkan 100% MOF.
6. PEMBIAYAAN ISLAMIK.
Tak perlu dipertikaikan lagi, kita sebagai orang Islam MESTI ambil pembiayaan Islamik lah berbanding pinjaman konvensional. Sebab kita kan orang Islam. Sebaik mungkin, jika ada pilihan, kita perlu pilih yang patuh syariah. Kalau bab makanan, kita boleh pilih yang halal, kenapa tidak masa nak beli rumah, kan. Wajib tau. Jangan mengelat!!
??????
Sejujurnya memang susah nak dapat pakej yang menepati semua 6 poin di atas. Kalau tak dapat semua, dapat menepati beberapa poin pun jadilah.
Sama macam nak memilih pasangan. Kalau boleh, semua nak ciri-ciri yang top-top. Nak yang cantik, kaya, berpelajaran tinggi, banyak rumah, pandai masak, ada sifat keibuan.
Tapi akhirnya, kita akan pilih yang paling setia juga. Sebab yang tak setia, tak kekal lama. Lagipun, bila kita cermin diri sendiri, kita tak layak pun dapat ciri top-top tu sebab kita sendiri tak top sangat pun. Haha. – HF
?#?harithfaisal?
??????
Nota: Rasulullah s.a.w pernah bersabda,
“Seorang wanita itu dinikahi kerana empat; kerana harta, kerana keturunannya, kecantikannya dan agamanya. Maka hendaklah diutamakan yang beragama, nescaya kamu berbahagia.”
Hadith ini telah diriwayatkan oleh kedua-kedua Imam Bukhari dan Imam Muslim dalam kitab sahih mereka serta imam hadis yang lain.