Ini Cara Mudah Cari Petrol Dan Makanan Halal Sepanjang Berada Di New Zealand

Travel

Ini Cara Mudah Cari Petrol Dan Makanan Halal Sepanjang Berada Di New Zealand

Bagi yang pertama kali yang ingin berkunjung ke New Zealand, pasti ingin tahu bagaimana nak “survive” kat sana. Lebih-lebih lagi sebagai seorang Muslim, dah tentu aspek makanan halal antara yang paling utama diambil kira. Oleh itu, jom ikuti pengalaman Jeroong Wia sepanjang beliau berada di New Zealand.

Advertisement

Harga minyak di New Zealand amat berbeza dengan Malaysia di mana setiap hari ianya akan berubah-ubah. Kebiasaanya pada hujung minggu minyak akan meningkat naik.

Cari Petrol Dengan Mudah

Harga normal yang boleh dikatakan murah di tengah bandar

Pada masa ini, harga minyak di Auckland kebanyakan berada pada paras 1.80++$ ke atas. Jika di tengah bandar besar, harga minyak akan lebih tinggi berbanding dengan harga minyak di stesen persisiran bandar.

Setiap stesen minyak mempunyai harga yang berlainan di mana ada yang tinggi dan ada yang rendah.

Kebanyakan yang datang ke New Zealand akan membuat roadtrip di mana perjalanan menggunakan caravan atau kereta. Jadi minyak sangat penting untuk kegunaan perjalanan.

Stesen yang tidak menerima cash.

Ok. Jadi bagaimana untuk mencari harga minyak murah di kawasan berada?

Jawapannya adalah WAZE. Waze bukan sekadar untuk kegunaan gps di jalanan,bahkan ianya turut membantu anda bagi menyemak harga minyak semasa di sekeliling anda berada.

Applikasi Waze. Point itu adalah di mana aku berada sekarang

Bukak applikasi Waze, dan tekan pada butang search.

Simbol petrolpump akan muncul dan tekan pada simbol tersebut. Dan selepas itu, akan keluar list di mana stesen terdekat dan juga harga bagi petrol di setiap stesen. (Boleh refer pada gambar jika tidak faham.)

Tekan pada butang search, dan tekan pada ikon petrol pump

Kebanyakan hari ini,minyak berada di paras 1.81$. Selepas membuat semakan, aku keluar sedikit ke persisiran luar bandar dan mendapat petrol berharga 1.75$ bagi 1L. Apa lagi. Terus tuang penuh la.

Bagi yang tidak biasa menggunakan Waze, boleh download applikasi “GASPY” dari appstore dan juga playstore. Gaspy akan menentukan lokasi anda dan selepas itu akan keluar segala list harga minyak di sekeliling.

Applikasi Gaspy bagi pengguna iphone

Akan keluar list harga minyak dan juga jarak

Bagi pelancong yang plan untuk membuat roadtrip di New Zealand haruslah beringat bahawasanya bukan semua station minyak terima cash. Ada sesetengah stesen langsung tiada kaunter, orang bekerja dan kelindan. Kebiasaannya akan ditulis “PAY AT PUMP”.

Dan diingatkan sekali lagi, setiap pembayaran kad di New Zealand akan dicaj 2% (kebiasaannya) atau lebih bagi setiap urus niaga. Jadi, buatlah pilihan dengan bijak.

Ini adalah stesen minyak yang berada di sekeliling aku.

Boleh refer pada gambar untuk gambaran lebih jelas cara menggunakan applikasi waze dan juga Gapsy untuk mencari petrol murah di Nee Zealand.

Tips tambahan:

Isi minyak pada hari gaji (rabu & khamis).. biasanya dpt xtra discount sehingga 10¢ seliter.

Guna loyalty card & jgn lupa subscribe newsletter. Setiap minggu akan ada email update bgtau stesen mana yg ada diskaun lebih.. cth: AA smartfuel utk BP & Caltex, Fly Buys utk Z station. Jangan pandai² isi RON98 & biofuel. Mahal oi.

Makanan Halal Di New Zealand

Setelah membuat beberapa rujukan dengan orang muslim, carian internet dan juga rakan-rakan yang telah lama tinggal disini, banyak info-info telah aku dapat.

Jadi, untuk percaya atau tidak terpulanglah kepada diri sendiri. Aku akan berkongsi info berserta dengan fakta dan bukti.

Hari ini sudah masuk minggu ke dua aku berada di New Zealand.

Dan kali ini aku bergerak ke bawah sedikit iaitu Rotorua dan akan tinggal di sini sementara. Aku datang ke New Zealand tanpa apa-apa makanan.

Yang ada dalam bag aku hanyalah pakaian harian. Jadi, aku harus mencari ikhtiar hidup di sini untuk terus kekal hidup.

Berkenaaan dengan halal, aku akan kongsikan makanan asas halal yang boleh didapati di kebanyakan pasar raya besar di seluruh New Zealand.

Pelbagai jenis jenama ayam dan daging yang dijual di pasaraya dan diantara tersebut ada yang Halal. Tetapi tidak ada tanda halal di plastik pembukusan.

Antara jenama ayam yang disahkan halal yang boleh didapati di kebanyakan pasaraya besar di seluruh New Zealand adalah TURKS, TEGEL dan BRINKS.

Ayam tegel yang dijual dipasaraya yang agak murah.

Jakim disini ada dua iaitu FIANZ dan NZIDT.

Mengikut pada penerangan detail oleh saudara Md Ariff, disebabkan dua jakim yang berbeza, jadi terdapat percenggahan isu diantara FIANZ dan NZIDT.

Hanya jenama BRINKS yang menggunakan penyembelihan manual, dan bagi TEGEL adalah di bawah NZIDT dan TURKS pula adalah di bawah FIANZ.

Turk’s fresh Chicken

Dan dua-dua jenama ini menggunakan penyembelihan dengan mesin tetapi diuruskan oleh orang Muslim. Mengikut desas desus cerita, FIANZ caj % ke atas jumlah ayam manakala NZIDT mengenakan cukai tahunan.

Ok tamat cerita pasal ayam.

Tentang makanan asas halal lagi iaitu daging burger. Antara jenama daging burger yang Halal adalah Top Notch dan Andrew Corbett dan daging ini juga boleh didapati di kebanyakan pasaraya di seluruh New Zealand.

Dan bagi restaurant pula, kebanyakan kedai yang menjual kebab, roti nan dan beriani (palau) adalah halal. Cuba buat semakan dengan kedai dan lihat sijil halal diorang. InsyaAllah, kebanyakan diuruskan oleh muslim.

Burgerfuel company amerika

Burger halal perlu request (hanya di Burgerfuel)

Dan bagi fastfood pula, ada satu fastfood yang berasal dari America iaitu BURGERFUEL ada menjual burger yang halal,tetapi anda haruslah request dari pihak diorang.

Kedai kebab kebanyakan halal. Palau/beriyani juga kebanyakan halal.

Agak lazat tetapi kurang pedas. Dan NANDOS juga adalah halal. MC’D, KFC, BURGERKING dan senangkatan dengannya adalah tidak halal.

Nandos adalah halal.

Disini juga aku berikan panduan list terbaru (maklumat dari saudara Ariff) bagi beberapa brand yang halal yang boleh didapati di sekitar New Zealand. (Sila rujuk gambar).

Ingham brand (tidak halal bagi pasaran NZ)

Bagi brand INGHAM, ada di dalam list dan apabila email kepada diorang, jawapan agak mengecewakan iaitu untuk pasaran dalam New Zealand, daging mereka tidak halal (INGHAM SAHAJA).

Untuk panduan lebih lengkap, boleh menyemak di laman web Halal Newzealand. Bahawasanya aku masih baru di bumi Kiwi dan mungkin cara ini aku masuk memberi salam.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...