Ini Cara Mop Karpet Untuk Kelihatan Seperti Baru

Trending

Ini Cara Mop Karpet Untuk Kelihatan Seperti Baru

Setiap kali tiba waktu untuk bersihkan rumah bersama keluarga, pasti ada saja yang mengelak untuk bersihkan karpet.

Advertisement

Mana tidaknya, karpet selalu memerangkap habuk dan susah kalu nak bersihkan dengan hanya gunakan penyapu sahaja. Kalau guna pennyedut habuk pon belum tentu semua kotoran atas karpet tu akan hilang.

Perkongsian seorang wanita ini di facebooknya mungkin akan membantu anda menyelesaikan masalah ini. Syarifah Farhana Syed Fadzil memuat naik satu status ni akaun facebook miliknya tentang tips dan cara membersihkan karpet hanya dengan menggunakan mop. Mops karpet, biar betul?

TIP MOP KARPET (bukan lantai tau)

Dapat tips dari pembantu rumah

Sape yang pernah mop karpet?kelako kan mop karpet? Fana tau karpet boleh mop dari sorang maid nie, bila dia mop karpet, Fana tanya dia, karpet boleh mop ya? Iya boleh la puan kasi habuk nya nyah, biasa lepas vakum pasti ada habuk dan kuman).

Rasa macam karpet baru

So, dari situ Fana belajar setiap seminggu sekali Fana mop semua karpet yang ada dalam rumah, semput jugak dik oiiii macam nak tercabut jantung kak pana. Tapi lepas mop tu korang akan rasa macam karpet baru yang bersih gila, bebas kuman parasit bagai.

Cara-cara

Korang cuma masak air tak kisah la dalam cerek ke, dalam kawah ke, dalam periuk ke what ever lah, Fana masak dalam periuk besar pasal tak ada cerek. Korang masak agak agak banyak nya tu tenggelam mop cukup la, lagi banyak lg bagus.

Pastu dah didih korang curah ke baldi mop, baik-baik ye, air mendidih tu kang tak pasal korang saman Fana yang ajar main air panas. Lepas tu letak garam dalam 2 sudu makan dan 1 tutup pure detol, jangan korang pakai sabun mandi gel detol pulak eah.

Lepas tu, korang perah mop tu kekuat jangan sampai ada air menitik,  tapi jangan perah pakai tangan tau. Lepas tu,  korang menari menari zumba la atas karpet tu dengan mop korang hookey, ada paham?

P/s: Time mop sambil berzumba tu korang kena tenyeh tenyeh sikit kat karpet tu, nanti dalam air mop, korang nampak la betapa cafe latte nye air mop korang.
*KALAU dapat beli la mop baru yang putih gebu gebazzz khas untuk karpet sahaja, fana beli kat Eco jek rm4. Kalau dapat la kan jangan campo mop yang kita dok mop lantai eah.

Selamat mencubaa semua!

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...