Ini Cara Korang Shopping Online, Terus Dapat Same Day Delivery, Mudah!

Branded

Ini Cara Korang Shopping Online, Terus Dapat Same Day Delivery, Mudah!

Zaman sekarang, semuanya boleh dibeli secara online. Dari sekecil-kecil peranti, pakaian, keperluan rumah, makanan, sehinggalah barang dapur. Segalanya hanya satu klik sahaja untuk dipesan. Antara sebab yang membuatkan pembelian online menjadi pilihan adalah proses pembelian yang mudah dan pantas kepada pembeli. 

Namun, pelanggan hari ini sering mencari cara yang lebih mudah untuk membeli-belah secara online, jadi kecekapan penghantaran barangan menjadi salah satu pertimbangan penting untuk pelanggan-pelanggan semasa membeli secara online. 

Penghantaran ekspres dari Lalamove boleh meningkatkan tempoh penghantaran serta kualiti produk dan servis ditawarkan. Ringkasnya, pembeli lebih seronok membeli secara online dengan penghantaran pantas. Penjual makanan online, Azhar Mustafa berkongsi bagaimana Lalamove membantunya dalam perniagaan.

Azhar Mustafa, 30, peniaga croissant online

Lalamove service

Baru memulakan perniagaan menjual croissant secara kecil-kecilan, Azhar Mustafa menggunakan khidmat Lalamove bagi menghantar pesanan pelanggan. Menurutnya, kepantasan sistem Lalamove menerima pesanan penghantaran menjadi sebab ia menjadi pilihan utama.

“Apabila menjual makanan, kenalah cepat hantar, barulah pelanggan boleh makan dan menikmatinya semasa makanan masih panas dan segar. Order Lalamove untuk dihantar, senang je, bila request terus dapat. Tak perlu tunggu lama,” katanya.

“Hantar je croissant kami, ada pelanggan puji sebab masih panas-panas lagi. Rider pun hantar dengan selamat, semuanya elok diterima pelanggan,” cerita Azhar yang berpuas hati dengan khidmat Lalamove.

Mastura Zulkafli, 27, personal shopper

Lalamove delivery

Bagi Mastura Zulkafli yang terlibat sebagai personal shopper pelbagai barangan, Lalamove juga sentiasa menjadi pilihannya. Mengendalikan penghantaran barangan bermacam saiz dan bentuk langsung tidak menjadi penghalang dengan Lalamove.

“Saya suka guna Lalamove sebab ada macam-macam jenis kenderaan digunakan. Untuk parcel kecil, biasanya motosikal pun dah okay. Tapi kalau barang-barang besar yang dibeli pelanggan, Lalamove ada lori dan van.

“Sebagai personal shopper, saya akan menghantar barang dipesan pelanggan jika mereka tidak boleh mengambil sendiri dari saya. Ramai yang pilih menggunakan penghantaran Lalamove sebab lebih mudah. Contohnya melibatkan barang besar seperti perabot atau barangan elektrik. Pelanggan juga ada yang request sendiri menggunakan Lalamove untuk ambil barang dibeli. Mudah, dua-dua pun menyenangkan kerja saya.

“Walaupun barang besar atau kapasiti pesanan pelanggan banyak, setakat ni saya puas hati guna Lalamove. Dalam satu apps je semua dah tersedia. Nak hantar barang apa pun boleh, tak ada masalah,” ujarnya lagi.

Kami juga bertemu dengan 2 orang pembeli online untuk bertanyakan pengalaman mereka menggunakan Lalamove sebagai mod penghantaran.

Rudy Yusof, suka shopping online

Lalamove delivery customer

Rudy Yusof sebagai ‘kaki shopping online tegar’ mengakui sudah serik menggunakan penghantaran biasa. Dia pernah mengalami kelewatan penghantaran parcel selama sebulan. Akhirnya dia memilih Lalamove sebagai penyelesaian.

“Kalau dulu, bayangkan parcel saya langsung tak bergerak selama sebulan tanpa update terkini. Kalau ada pun berlegar-legar di tempat sama. Stres betul. Kadang-kadang ia hanya bungkusan daripada penjual yang berada dalam daerah yang sama,” cerita Rudy.

“Bila guna Lalamove, saya rasa macam shopping di kedai biasa walaupun sebenarnya shopping online. Sebabnya barang akan sampai hari yang sama jika menggunakan Lalamove. Tak ada tunggu-tunggu lagi. Tahu-tahu je rider sampai depan rumah,” katanya lagi.

Siti Ayuni Shaharuddin, pengguna setia Lalamove

Lalamove delivery customer

Tinggal berjauhan dari keluarga dan rakan-rakan bukan penghalang untuk Siti Ayuni Shaharuddin membuat penghantaran kejutan kepada mereka. Sama ada sempena sambutan hari jadi atau sambutan lain, dia akan memilih Lalamove.

“Kadang-kadang sibuk sangat kerja, terlupa birthday anak buah, adik-beradik atau kawan kerja, saya tak sempat beli kek dan hadiah. Tapi adanya Lalamove, semua settle. Cepat je walaupun last minute baru teringat, memang selamatkan saya.

“Bukan untuk tu je, saya memang hari-hari layan sosial media. Dari join live di Tiktok, Facebook sampailah Instagram, banyak pula borong barang dijual di sana. Tak perlu tunggu lama sebab hari yang sama sampai dah. Semuanya dengan Lalamove, kenapalah tak tahu dari awal, senang,” luah Ayuni.

Sejak diperkenalkan pada 2013, Lalamove telah mengungguli industri logistik dengan penyelesaian inovatif bagi memenuhi keperluan penghantaran tempatan. 

Dengan peningkatan pesanan sempena jualan akhir tahun ketika ini, Lalamove menjadi jawapan kepada penjual dan pembeli untuk menghantar dan mendapatkan pesanan mereka secepat mungkin. Pembelian secara online kini tiada beza dengan kedai fizikal melalui Lalamove, segalanya boleh didapati dalam hanya sehari.

Ketahui lebih lanjut mengenai Lalamove dengan mengunjungi laman web mereka atau terus download aplikasi penghantaran Lalamove sekarang!

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...