Setelah berhempas pulas beberapa tahun untuk menyimpan duit nak beli rumah dan cukup untuk membuat bayaran ‘booking’ rumah tersebut, pasti membuatkan diri kita tidak senang duduk. Mana tidaknya, rumah yang bakal kita miliki tinggal sebelah kaki je lagi hampir pasti menjadi milik anda.
Namun apabila urusan telah pun dibuat, adakalanya tiba-tiba urusan tidak dapat diteruskan oleh sebab-sebab tertentu. Malah dengan lebih parah duit ‘booking’ tersebut tidak akan boleh dapat semula. Jadi, apa yang boleh dibuat dan kenapa hal ini berlaku?
Bagi mengelakkan kejadian seperti ini berlaku pada anda, admin kongsikan perkongsian saudara, Salkukhairi Abd Sukor, akan masalah ini.
Jom kita baca, apa yang perlu kita lakukan.
Bagaimana perasaan anda apabila anda telah buat bayaran booking dengan pemaju atau penjual untuk beli sesuatu hartanah, tetapi apabila urusan tersebut tidak dapat diteruskan sama ada disebabkan oleh pihak anda atau sebaliknya, tiba tiba anda tak dapat balik bayaran booking tersebut. Mesti anda akan marah bukan?
Jika sedikit mungkin tiada masalah, tetapi ini dah main ribu ringgit.
Dan kebanyakan kes yang dirujuk kepada saya, menunjukkan hampir 90% pembeli tidak akan dapat balik bayaran booking yang telah dibuat.
Kenapa itu berlaku dan bagaimanakah untuk mengelakkan ianya terjadi kepada anda?
Jom ikuti tips saya di bawah ini sebagai panduan.
1. Semak Kelayakan Pinjaman Terlebih Dahulu
Pastikan anda telah semak kelayakan pinjaman perumahan anda dengan bank atau LPPSA terlebih dahulu sebelum membuat apa-apa bayaran booking / deposit kepada penjual. Jangan terus buat keptusan untuk beli sehinggalah anda tahu yang loan anda tiada masalah. Bila loan anda telah lulus barulah buat bayaran booking / deposit kepada penjual. Jika tidak, bayaran booking anda mungkin lesap jika sekiranya loan anda tidak lulus.
2. Tidak Membuat Apa-Apa Bayaran
Jangan buat apa-apa bayaran booking atau deposit sebelum anda tandatangan perjanjian jual beli dengan penjual.
3. Hartanah Bebas Dari Sebarang Halangan
4. Mempunyai Geran
5. Lantik Peguam
Segala bayaran deposit atau booking hendaklah dibuat melalui peguam yang anda lantik sendiri. Jadi, sila lantik peguam anda terlebih dahulu. Dan sila ikuti nasihat peguam anda.
6. Bayaran Melalui Bank Draf
Segala bayaran elok dibuat melalui bank draf. Elakkan membuat bayaran secara tunai atau transfer di mesin ATM atau online. Jika hendak buat bayaran secara transfer, pastikan buat di kaunter. Ini kerana bayaran secara bank draf atau transfer di kaunter akan mempunyai rekod yang lebih jelas.
7. Lihat Hartanah Secara Fizikal
8. Jangan Tergesa-Gesa
9. Dokumen Secara Bertulis
Jika anda terpaksa membuat bayaran booking juga untuk mengelakkan hartanah tersebut terlepas ke tangan orang lain, pastikan ada dokumen secara bertulis yang dipersetujui dan ditandatangani oleh kedua-dua belah pihak sama ada dalam bentuk MOU, surat akuan atau perjanjian ringkas tentang apakah akan jadi kepada bayaran deposit/ booking tersebut sekiranya urusan jual beli tidak dapat diteruskan atas apa-apa sebab sekalipun. Pastikan anda menerima resit untuk setiap bayaran yang telah dibuat.
10. Consult Peguam
Sila consult mereka yang berpengalaman atau peguam anda sendiri sebelum membuat apa-apa bayaran booking/ deposit. Jangan dengar pendapat orang lain. Jangan bayar dahulu baru nak consult peguam.
Elakkan daripada kerugian. Fahami hak anda. Jom LIKE, KOMEN dan SHARE jika ianya bermanfaat.