Jurusolek terkenal dan juga selebriti media sosial, MUA Bellaz dilaporkan telah memberikan sumbangan sebanyak RM20,000 kepada tabung bantuan untuk negara Palestin yang kini dalam pergolakan peperangan dengan rejim Zionis Israel.
Ujar Bellaz, duit yang didermakan itu adalah hasil pembelian produk kosmetik miliknya, Bellaz Beauty HQ.
View this post on Instagram
Berita tersebut kemudian dikongsikan jurusolek itu menerusi sebuah hantaran di Instagram untuk tatapan peminat dan juga pengikut media sosialnya.
Kata Bellaz lagi, sumbangan itu merupakan satu inisiatif bagi pihaknya untuk membantu mangsa-mangsa perang di sana meskipun tidak dapat hadir ke Palestin dalam memberi bantuan sewajarnya.
View this post on Instagram
Menerusi hantaran itu juga, Bella tampil mengucapkan terima kasih kepada mereka yang sudi membeli barangan dari syarikat kosmetik miliknya.
“Tanpa anda tak mungkin Bellaz dapat sumbangkan buat saudara kita di Palestin. Hampa banyak support Bellaz. Semoga ada pahala sumbangan buat kita semua…Amiin..” tulisnya di hantaran tersebut.
View this post on Instagram
Antara selebriti media sosial lain yang turut menghulurkan sumbangan buat rakyat Palestin ialah Khairul Aming di mana dia telah mendermakan RM10,000 hasil jualan sambal Nyet miliknya kepada tabung Palestin.