Ini Cara Bagaimana Melegakan Rasa Gatal Untuk Wanita Yang Mengalami Masalah Keputihan

Trending

Ini Cara Bagaimana Melegakan Rasa Gatal Untuk Wanita Yang Mengalami Masalah Keputihan

Assalamualaikum. Kali ni nak share pasal keputihan pulak. Yang duk PM tanya macam mana nak atasi masalah kegatalan yang disebabkan oleh keputihan, ini lah petua dia. Zaman muda-muda dulu sebelum kawin rajin lah jugak duk amalnya.

Advertisement

Hampir botak pokok sireh jiran sebelah umah dibuatnya. Hahaha. Tak patut, tak patut. ?

Caranya mudah sangat. Ambil daun sireh 3-5 helai saiz sederhana dan satu cekak daun inai. Jangan lupa, bersihkan dulu dedaun tu. Pastu rebus dalam seperiuk air sehingga air berubah warna. Tutup api, dan biarkan seketika.

Bila rebusan tadi dah rasa suam-suam skit, tapis dan ambil secawan untuk dibuat basuhan kat bahagian gatal tu. Buat banyak-banyak kali pun tak pe sehingga rasa miang dan gatal tu hilang.

Lagi bagus jika dibuat minum 2 kali sehari. Wanita yang mempunyai masalah keputihan yang teruk elok sangat amal petua ni. Anak dara pun boleh amal.

Khasiat daun sireh ni banyak tau. Ia mengandungi bahan antiseptik yang kuat, bersifat anti bakterial serta anti fungal yang mana amat bagus untuk penjagaan bahagian intim wanita.

Sama juga dengan inai. Inai digunakan oleh masyarakat India untuk merawat masalah gelgata.

Selain mengamalkan petua ni, korang juga dinasihatkan supaya menjaga kebersihan diri. Rajin-rajin lah tukar pakaian dalam tu. Jangan asyik pakai yang sama je sepanjang hari.

Tak de la penyakit senang hinggap.

Tang makanan pulak, elakkan makanan yang diproses terutama daging berger, naget dan sosej tu. Nak-nak yang berMSG. No no, ok.

Satu lagi, elakkan makanan yang manis-manis. Kek, coklat, aiskrim ,air gas dan seangkatan dengannya lah. Banyakkan minum air kosong dan makan buah sayur yang segar sahaja. Buahan jeruk tak kira.?

Selamat mencuba. ?

Kredit : Sumaiyah Abdullah

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...