“Ini Bumi Bukan Planet Marikh”, Langit Di Muaro Jambi, Indonesia Bertukar Merah Akibat Jerebu

Kehidupan

“Ini Bumi Bukan Planet Marikh”, Langit Di Muaro Jambi, Indonesia Bertukar Merah Akibat Jerebu

Masalah jerebu di Malaysia masih lagi berlarutan dengan beberapa kawasan masih lagi mencatatkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tidak sihat. Begitu juga di Indonesia yang masih lagi mengalami keadaan jerebu yang memburukkan.

Akibat keadaan jerebu yang semakin teruk, keadaan langit di Muaro Jambi, Indonesia bertukar menjadi merah dipercayai akibat kebakaran hutan yang berlaku. Sebelum ini langit di beberapa kawasan di Indonesia bertukar kuning akibat jerebu.

Advertisement

Selepas masalah jerebu yang kian teruk, langit menjadi merah bermula jam 12 tengahari semalam. Seorang penduduk di sana memberitahu abu dari kebakaran hutan di Jambi kelihatan berterbangan dan turut memasuki rumah penduduk

Penduduk tidak berani keluar rumah kerana takut. Kami terpaksa menghidu asap yang bercampuran abu. Kalau di dalam rumah, abu kurang berbanding di luar. Sekarang saya mula rasa sesak nafas dan melarang anak keluar rumah kerana kualiti udara di tahap tidak sihat

Difahamkan juga langit bertukar merah kerana asap tebal yang menyelimuti kawasan terbabit dan menyebabkan sinaran matahari tidak sampai ke bumi.

Menerusi laman rasmi Kementerian Lingkungan Hidup Dan Kehutanan Indonesia, bacaan indeks pencemaran udara di Kota Jambi mencatat bacaan sangat tidak sihat iaitu 299. Sementara bacaan IPU 500 direkodkan berbahaya di Kota Pekan Baru.

Makin lama makin bahaya keadaan di sana. Dengan keadaan udara yang berbahaya seperti ini sudah tentu nyawa rakyat turut terancam. Sama-sama kita doakan yang terbaik untuk rakyat di sana.

Sumber: Metro

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...