Masalah jerebu di Malaysia masih lagi berlarutan dengan beberapa kawasan masih lagi mencatatkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tidak sihat. Begitu juga di Indonesia yang masih lagi mengalami keadaan jerebu yang memburukkan.
Akibat keadaan jerebu yang semakin teruk, keadaan langit di Muaro Jambi, Indonesia bertukar menjadi merah dipercayai akibat kebakaran hutan yang berlaku. Sebelum ini langit di beberapa kawasan di Indonesia bertukar kuning akibat jerebu.
Ini sore bukan malam. Ini bumi bukan planet mars. Ini jambi bukan di luar angkasa. Ini kami yang bernafas dengan paru-paru, bukannya dengan insang. Kami ini manusia butuh udara yang bersih, bukan penuh asap.
Lokasi : Kumpeh, Muaro Jambi #KabutAsap #KebakaranHutanMakinMenggila pic.twitter.com/ZwGMVhItwi— Zuni Shofi Yatun Nisa (@zunishofiyn) September 21, 2019
Selepas masalah jerebu yang kian teruk, langit menjadi merah bermula jam 12 tengahari semalam. Seorang penduduk di sana memberitahu abu dari kebakaran hutan di Jambi kelihatan berterbangan dan turut memasuki rumah penduduk
Penduduk tidak berani keluar rumah kerana takut. Kami terpaksa menghidu asap yang bercampuran abu. Kalau di dalam rumah, abu kurang berbanding di luar. Sekarang saya mula rasa sesak nafas dan melarang anak keluar rumah kerana kualiti udara di tahap tidak sihat
Difahamkan juga langit bertukar merah kerana asap tebal yang menyelimuti kawasan terbabit dan menyebabkan sinaran matahari tidak sampai ke bumi.
Video lainnya pic.twitter.com/TkDWH6zEoN
— PNS magang (@romywahyuddin) September 21, 2019
Menerusi laman rasmi Kementerian Lingkungan Hidup Dan Kehutanan Indonesia, bacaan indeks pencemaran udara di Kota Jambi mencatat bacaan sangat tidak sihat iaitu 299. Sementara bacaan IPU 500 direkodkan berbahaya di Kota Pekan Baru.
Makin lama makin bahaya keadaan di sana. Dengan keadaan udara yang berbahaya seperti ini sudah tentu nyawa rakyat turut terancam. Sama-sama kita doakan yang terbaik untuk rakyat di sana.
Sumber: Metro