Bukan sahaja kerana apa yang dibuatnya di Mekah tetapi juga turut merakamkan situasi tersebut dan memuat naik video itu di media sosial.
Hari ini, nama usahawan dan pempengaruh Hafiz Mahamad menjadi bualan ramai di laman media sosial selepas dia berkongsi tentang keadaan di mana dia membantu staf wanita untuk mencium hajarul aswad.
BACA:
Dah tanya pendapat beberapa orang
Terbaru, Hafiz telah memuat naik video respon daripadanya tentang kecaman yang diterima dan menurutnya dia juga telah memadam video yang mencetuskan kontroversi itu.
Kata Hafiz, dia menerima banyak respon respon positif daripada orang lain namun faham jika ada yang tidak menyukai apa yang dilakukannya kerana persepsi orang berbeza-beza.
Menerusi video berdurasi 10 minit itu, Hafiz turut berkata sebelum memuat naik rakaman itu dia telah bertanya pendapat beberapa orang mengenai hal tersebut.
Taknak staf rasa ralat
Kata Hafiz, niatnya membantu pekejka-pekerjanya itu hanyalah kerana tidak mahu mereka pulang ke tanah air dengan perasaan ralat tidak dapat mencium hajarul aswad.
Dalam pada itu, dia turut berkata situasi tersebut dirakam oleh pekerjanya atas tujuan untuk menjadikannya sebagai kenangan di antara dirinya dan mereka.
Saya dah padam video itu sebab saya nak jadi keharmonian di saya punya media sosial. Bukanlah saya tak fikir waktu saya share, tapi persepsi orang kan berbeza-beza. Tapi niat saya bukanlah untuk content.
View this post on Instagram
Tetap dikritik netizen
Meskipun sudah membuat video panjang lebar begitu, Hafiz tetap menerima kritikan kerana dia dikatakan seolah-olah mahu membuktikan dirinya tidak bersalah.
Sementara itu, ada yang turut membangkitkan tentang kesakitan yang dirasai seorang lelaki warga emas yang telah dikasari oleh Hafiz demi mahu membawa staf wanitanya mencium hajarul aswad.
Netizen berpendapat Hafiz seperti tidak boleh menerima teguran seorang agamawan dan ramai yang turut mengingatkannya bahawa niat tidak menghalalkan cara.