Adik kepada pelakon dan usahawan sensasi Rozita Che Wan, Rubythoh Abu Bakar memaklumkan kakaknya itu merupakan insan yang sentiasa tenang dan bertanggungjawab dalam menyelesaikan isu peribadi dan syarikat.
Ruby yang juga isteri kepada pelawak Senario Mazlan Pet Pet berkata Rozita bukanlah seperti yang digambarkan sesetengah pihak.
Sebagai adik saya kasihan melihat orang yang kita sayang dihentam teruk sampai rasa hendak balas semua komen kasar dalam media sosial, tapi saya batalkan niat sebab enggan keruhkan keadaan.
Dia pula jenis tak mengadu, mungkin enggan mak dan adik beradik susah hati tapi saya yakin Kak Ta dapat selesaikan hal tersebut kerana dia orang yang bertanggungjawab.
Tambahnya, sikap bertanggungjawab itu terbawa-bawa sehingga kini walaupun adik beradiknya sudah berkahwin namun tetap dibelikan baju raya dan menjaga ibu tersayang.
@rozitachewan1 Introducing KAFTAN CHE TA #comingsoon #staytuned #22jan . #kaftancheta #rcw #cheta #rozitachewan #byrcw
Katanya lagi, dia menganggap apa yang terjadi kepada Rozita adalah satu ujian Allah dan bukannya musibah besar.
Apabila kami adik-beradik tanya dia okey ke? Kak Ta hanya menjawab Allah ada. Ada juga dia cerita serba sedikit situasi sebenar tetapi kami tak boleh kongsikan kepada umum.
Orang tak tahu cerita tapi apabila berdiam, dia dihentam. Hanya dia yang tahu kebenaran dan bagi saya ini bukan musibah buat Kak Ta, sebaliknya ujian untuk Allah angkat lagi darjat dia kerana Allah tahu dia mampu harunginya.
Terdahulu, Rozita Che Wan telah terpalit dengan isu kontroversi membabitkan pinjaman MARA bernilai hampir RM1 juta yang gagal dilunaskan sejak 7 tahun lalu.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.