Tular di media sosial baru-baru ini apabila satu hantaran berunsur ‘marketing’ telah mencetuskan perdebatan dalam kalangan netizen di Twitter.
Dalam hantaran tersebut, individu itu mendakwa bahawa seorang bapa telah ditugaskan untuk memberi bayi kembarnya menyusu botol namun telah menggunakan cara yang ‘kreatif’ kononnya bagi tujuan memudahkan cara.
Nak berniaga pun, bukan begini caranya. Silap hari bulan, bayi boleh mati tersedak susu. Jangan rajin buat anak sahaja tapi malas nak beri susu. pic.twitter.com/QIIS587Avw
— Roman Akramovich (@SyedAkramin) October 28, 2022
Si bapa itu didapati telah menggunakan pemegang telefon yang diubahsuai dengan botol susu serta disangkut di kepala katil.
Disertakan juga foto memaparkan bayi kembar itu disuap susu botol tanpa pengawasan ibu bapa.
Ia sekaligus mengundang kritikan warga maya yang rata-ratanya melarang ibu bapa untuk mempraktikkan tindakan merbahaya itu.
Ini kerana bayi mungkin mengalami situasi tersedak susu dan boleh menyumbang kepada sesak nafas dan kematian.
Ya Allah, tengok terus rasa nak marah. Tolong la sensitif, cakna ada perikemanusiaan sikit. Boleh tersedak baby tu.
Apatah lagi meninggalkan bayi bersendirian seperti itu, pastinya akan memburukkan lagi keadaan jikalau malang tidak berbau.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.